10 Adab Membaca Dan Menghafal Al Quran

1
2244
views
adab membaca dan menghafal al quran
kredit

Setiap seorang daripada kita mesti bercita-cita untuk menjadi seorang huffaz atau erti kata lain mereka yang menghafal Al Quran. Sekiranya kita tidak dapat mencapai cita-cita tersebut kita mesti mahukan agar anak-anak kita jadi seperti itu.

Menghafal Al Quran menjadi cita-cita kita kerana terlalu banyak kebaikan dan manfaat buat penghafal Al Quran.

Jadi untuk menghafal Al-Quran disana ada adab membaca dan menghafal Al-Quran yang perlu untuk kita patuhi supaya urusan kita dalam membaca dan menghafalnya diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.

Kami kongsikan serba sedikit bagaimana adab kita dalam membaca dan menghafal Al Quran, semoga bermanfaat buat anda semua.

10 Adab Membaca Dan Menghafal Al Quran Untuk Kita Amalkan

#1 Niat Yang Tulus Ikhlas

“Sesungguhnya amal itu tergantung niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu tergantung pada apa yang ia niatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan asas dalam setiap amal kebaikan kita. Sebelum membaca dan menghafal Al Quran pastikan dahulu kita buat demikian hanya untuk mendapatkan redha Allah semata-mata dan bukan habuan dunia yang kita kerjarkan.

#2 Memperbaiki Bacaan Al Quran Agar Semakin Baik

“Akan dikatakan kepada ahli Qur’an pada hari kiamat : Bacalah, naiklah (ke atas surga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana kami dulu pernah membacanya di dunia. Karena sesungguhnya kedudukan kamu di surga terdapat pada akhir ayat yang kamu baca.” (HR. Bukhari Muslim)

Sebelum kita mula menghafal, kita kena pastikan dahulu bacaan Al Quran kita dah semakin baik dahulu ini kerana untuk mengelakkan daripada kita tersalah hafal baris dan tajwid yang tidak tepat. Jadi pastikan supaya tahsin dulu dengan guru atau rakan anda.

#3 Setia Dengan Satu Mushaf Al Quran Sahaja

Dalam adab membaca dan menghafal Al Quran kita kalau boleh hendaklah kekal dengan satu mushaf sahaja. Ini adalah untuk memudahkan lagi proses kita menghafal. Bila kita dah biasa dengan Al Quran tersebut kita lebih mudah membayangkan dimana kedudukan surah atau ayat tersebut didalam Al Quran.

#4 Hafal Pada Waktu Yang Efektif

“Ketahuilah bahwa untuk menghafal ada waktu-waktu yang tepat yang harus diperhatikan dan adapun waktu yang terbaik adalah waktu subuh atau pagi.” (Faqih wal Mutafaqih karya Khatib Al-Baghdadi jilid II hal 103)

Percaya atau tidak hafalan Al Quran pada awal pagi lebih mudah masuk kedalam kepala kita pada kadar 200% ini kerana otak dan keadaan sekeliling kita berada dalam keadaan yang bagus untuk boost hafalan kita.

#5 Sentiasa Mengulang Dan Cuba Untuk Memahami Ayat Al Quran

Satu benda kita perlu sedar adalah kita seorang manusia. Kita tidak terlepas daripada kelemahan untuk melupai sesuatu perkara. Fahamkanlah ayat yang anda hafal dan ulangilah ia berulang kali supaya tetap melekat didalam kepala kita. Apabila kita sudah faham satu-satu ayat kita akan lebih mudah ingat sebenarnya tapi anda kena rajin rujuk Al Quran terjemahan.

berguru dalam mebaca dan menghafal al quran
kredit

#6 Berguru

Ini merupakan perkara yang tersangat penting untuk dititik beratkan dalam adab membaca dan menghafal Al Quran. Kita perlu ada guru untuk membimbing dan menegur semua salah silap kita dalam proses menghafal. Mana mungkin kita akan dapat teguran kalau kita hanya duduk berseorangan sahaja.

#7 Mula Pada Usia Muda

“Barangsiapa yang mempelajari (menghafal) Al-Qur’an pada waktu kecil maka Allah akan menyatukan Al-Qur’an dengan darah dan dagingnya.” (HR. Bukhari)

#8 Berikan Perhatian Pada Ayat Yang Serupa

Dalam senaskah Al Quran terdapat banyak ayat yang bunyinya sama dan serupa tetapi sambungan selepasnya berbeza. Jadi perhatikan betul-betul semasa anda mentahsin bacaan supaya anda tidak tersasul dan sesat entah kemana.

#9 Istiqomah mengulang

“Demi diriku yang berada di tangan-Nya, sungguh Al-Qur’an itu lebih cepat hilangnya daripada seekor unta dari tali ikatannya.” (Muttafaqun ‘alaih)

jaga mata dan mulut
kredit

#10 Jaga Mata Dan Mulut Anda

Jagalah mata kita dan sentiasa untuk menundukkan pandangan kerana maksiat itu bermula daripada mata. Periksalah juga kata-kata kita sebelum dilontarkan pada orang lain supaya kita tidak menyakiti mereka. Kerana sepatutnya penghafal Al Quran ini membawa rahmah pada orang sekelilingnya.

Itu sahaja yang kami dapat kongsikan serba sedikit tentang adab membaca dan menghafal Al Quran. Sekiranya ada tambahan dari anda maka kami mengalu-alukan untuk komen pada ruangan dibawah. Oh ya jangan lupa antara adab sebelum membaca Al Quran adalah dengan kita menyucikan diri melalui berwudhu’.

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply