10 Perkara Tentang Kaabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu

0
631
views

Umum mengetahui Kaabah adalah tempat paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Terletak di tengah-tengah Masjidil Haram, Mekah, Kaabah merupakan kiblat umat ketika menunaikan solat.

Berikut merupakan fakta-fakta tentang Kaabah yang mungkin anda belum tahu sebelum ini.

#1 Kaabah pernah mengalami kerosakan dan di’renovate’.

Seperti bangunan-bangunan ciptaan manusia yang lain, Kaabah tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan pembaikan semula. Sama ada rosak akibat bencana alam seperti banjir ataupun rosak dimamah usia, menurut sejarah, sehingga hari ini Kaabah telah mengalami proses pembaikan semula sebanyak 12 kali.

Pembaikan semula yang paling terkini adalah pada 1996 dengan menggunakan teknologi terkini bagi menghadapi bencana alam supaya Kaabah tidak mudah rosak.

#2 Warna Kiswah (Kain Kaabah) telah berubah

Tahukah anda, warna asal kain Kaabah atau Kiswah bukanlah berwarna hitam seperti yang kita sering lihat?

Kain Kiswah yang lama

Sejak zaman Nabi Muhammad lagi, kain Kiswah tidak pernah ditetapkan warnanya. Sebagai contoh, pada zaman hayat baginda, Kaabah di’tutup’ dengan kain dari Yaman yang berwarna putih.

Kemudian pada zaman khalifah-khalifah yang datang selepas nabi, kain yang berwarna hijau, merah dan putih bersilih ganti menyelimuti Kaabah.

Hanya pada era Kerajaan Abbasiah, khalifah telah menetapkan hitam sebagai warna rasmi kain Kiswah. Sehingga hari ini warna kain Kaabah adalah warna hitam.

#3 Bentuk dan saiz Kaabah telah berubah

Asalnya, Kaabah yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail adalah berbentuk D.

Pada zaman jahiliah sebelum datangnya Islam, kaum Quraisy telah membina semula Kaabah berbentuk ‘cube‘ kerana kekurangan dana pada ketika itu.

#4 Kaabah pernah ada lebih dari satu pintu

Kaabah yang asal mempunyai dua pintu. Kaabah juga pernah mempunyai satu tingkap di salah satu didingnya.

Hari ini, seperti yang kita dapat lihat dan maklum, Kaabah hanya mempunyai satu pintu sahaja dan tiada tingkap.

#5 Apa yang ada dalam Kaabah?

Di bahagia dalam, Kaabah disokong oleh tiga tiang utama, diselangi dengan lampu gantung antara tiang tersebut.

Terdapat satu meja kecil bagi menempatkan minyak wangi di antara tiang tersebut. Kain hijau yang mempunyai tulisan ayat-ayat Quran diletakkan pada bahagian atas dinding Kaabah.

#6 Hajar Aswad pernah rosak

Hajar Aswad yang asal merupakan seketul batu batu yang besar. Walaubagaimanapun, Hajar Aswad yang kita lihat hari ini adalah seripahan batu-batu (8 serpihan) yang di’tutupi’ dengan frame berwarna perak.

Menurut sejarah, kerosakan Hajar Aswad adalah disebabkan bencana alam seperti banjir dan juga cubaan mencuri .

#7 Keluarga Al-Sheibi adalah penjaga Kaabah

Kunci Kaabah

Sejak sebelum kedatangan Islam lagi, keluarga ini telah diamanahkan untuk menjadi pemegang kunci Kaabah sekaligus penjaga Kaabah.

Keluarga ini telah menjadi penjaga Kaabah sejak 1500 tahun yang lalu! Kunci Kaabah diserahkan kepada anak sulung pada setiap setiap generasi.

#8 Upacara pembersihan Kaabah dua kali setahun

Upacara inin dijalankan pada bulan Syaaban dan ZulQaedah pada setiap tahun oleh keluarga al-Sheibi.

Campuran istimewa yang terdiri daripada air Zamzam, Air Mawar dari Taif dan minyak oud yang mahal sebagai agen pencuci bahagian dalam Kaabah.

#9 Dulu pintu Kaabah terbuka untuk semua

Sebelum ini, pintu Kaabah terbuka untuk orang awam solat di dalamnya. Oleh itu, semua tetamu Allah yang sampai ke Masjidil Haram tidak mahu melepaskan peluang solat di dalam Kaabah.

Tetapi akibat jemaah haji dan umrah yang semakin bertambah setiap tahun, Kaabah tida mampu menanggung beban yang semakin banyak. Akhirnya pintu tersebut ditutup dan hanya dibuka kepada orang kenamaan sahaja.

#10 Tawaf di Kaabah tidak pernah berhenti walaupun sesaat.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply