10 Tips Menjadi Suami Osem

0
666
views

 

pasangan-suami-isteri

  1. Ambil tahu tanggungjawab isteri 

Isteri anda bekerja di luar ataupun hanya seorang surirumah, adakah anda para suami, benar-benar tahu apakah tugasan harian isterimu? Kalau tak tahu bertanyalah! ‘To-do List’ harian seorang isteri boleh jadi terlalu banyak sehingga tidak terdaya kudrat dan kehabisan masa untuk melaksanakannya. Oleh itu penuhilah keperluan isterimu dan hargailah pengorbanannya.

       2. Bantu urusan isteri sebelum terlambat!

Masa terbaik untuk membantu isteri anda melakukan tugasan hariannya adalah sekarang! Jangan tunggu isteri anda kepenatan baru anda datang offer bantuan.

       3. Jadilah pasangan yang proaktif

Orang putih cakap. “It takes two to parent. It takes two to make a marriage work out.” Oleh itu, jangan biarkan isteri anda yang menguruskan segala urusan dalam rumahtangga. Sebuah keluarga terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Kalau anda tak berperanan sebagai suami/ayah adakah keluarga yang ada di rumah anda? Bekerja memang memenatkan, tapi ia bukan alasan untuk anda melepaskan diri dari tanggungjawab di rumah.

       4. Jangan cuba menyelesaikan masalahnya

Ini satu perkara yang sangat penting bila berhadapan dengan wanita. Apabila mereka menceritakan masalah mereka, apa yang mereka maksudkan adalah mereka mahukan anda menjadi pendengar yang baik. Bukan pandai-pandai nak selesaikan masalah mereka. Lainlah kalau mereka minta.

        5. Berikan masa kualiti bersamanya

Kesibukan kerja di pejabat dan tugasan-tugasan di rumah kadangkala membuatkan ‘quality time’ suami isteri terkorban. Oleh itu, peruntukkanlah masa yang berkualiti untuk anda berdua sahaja. Sekiranya ada anak, cubalah minta tolong adik-beradik atau sesiap untuk menjaga mereka sebentar. Gunakan masa berkualiti ini sebaiknya. Tak perlu lama tapi mesti konsisten berkala.

         6. Biarkan dia bercakap selagi mana yang dia mahukan

Isteri atau wanita ni, memang suka bercakap. Atau bahasa lain mungkin orang panggil berleter. Biarkan. Jangan ditegah. Itu salah satu therapy buat para isteri. Kita tidak tahu tekanan yang dihadapinya setiap hari dengan rumah dan anak-anak. Dengar dan cuba tunjukkan minat walaupun anda terpaksa berpura-pura suka. 

         7. Berikan ‘cuti’ pada isteri

Seorang suami bekerja 5-6 hari sehari. Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayangkan si isteri, berapa harikah dia bekerja setiap minggu? berapa jam setiap hari? Setahun 365 hari isteri bekerja tanpa cuti. Jadi berikanlah masa untuk isteri bercuti. Bercuti dari segala jenis kerja rumah. Hantar isteri ke spa, massage kalau perlu. Hari itu, cuba suami selesaikan semua tugasan rumah. Baru tahu penangannya. 

         8. Jangan tunggu disuruh!

Masalah suami ni bukannya pemalas, tetapi mahu tunggu disuruh baru nak tolong. Mana tak isteri berleter. Jadi para suami, perhatikan keadaan rumah anda. Lihat apa yang boleh anda lakukan untuk meringankan beban isteri. Mungkin ada pinggan mangkuk dalam singki yang belum dibasuh. Kipas yang dah tebal habuknya. Baju di ampaian yang tidak sempat diangkat oleh isteri. Oleh itu, jangan tunggu disuruh!

          9. Tanya isteri apa yang boleh ditolong

Lebih kurang dengan tips No. 8, tetapi ada isteri yang jenis taksuka suami membantu pekerjaannya yang akan lebih menyusahkannya. Sebagai contoh, anda ternampak kain dalam bakul yang belum berlipat, jadi anda mahu membantu dengan melipatnya. Sudahnya isteri anda berleter juga kerana cara lipatan anda yang tidak kemas dan menyusahkannya kerana perlu lipat semula. Jadi tanya dulu, apa yang boleh dibantu. Dan isteri anda akan sangat menghargai pertanyaan anda tersebut.

          10. Berdoa untuk isteri

Ini yang paling penting dan utama. Doa. Hakikatnya Allah sahaja yang memegang hati-hati hambanya. Oleh itu jangan pernah tinggalkan doa. 

 

 

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply