10 Tips Untuk Move On Daripada Kesedihan – Semut Hitam

0
5080
views

Bukanlah kehidupan namanya jika tiada kesedihan.

Kesedihan dalam hidup ini puncanya abstrak, lain orang lain ujiannya yang menjadi punca kesedihan.

Yang pasti, semua orang akan melaluinya dan ianya hanyalah merupakan satu fasa dalam kehidupan yang perlu kita lalui dan ianya pasti akan berlalu.

Sebagai orang yang beriman, kita mesti yakin bahawa setiap kesedihan dalam hidup itu ada sesuatu yang perlu kita pelajari kerana kehidupan itu sendiri merupakan sebuah proses pembelajaran, bukan?

Sambil memegang prinsip “Hari ini lebih baik dari hari semalam”, jom kita ikuti apakah antara tips untuk move on daripada kesedihan.

  1. Istighfar

2015_11$largeimg13_Nov_2015_021029173

Tips yang ini mungkin bunyinya klise dan simplistik namun percayalah, kuasanya sangat besar.

Istighfar berkuasa untuk membersihkan hati dari pada dosa-dosa kecil. Perbanyakkan istighfar. InsyaAllah hati akan terasa lapang.

     2. Muhasabah diri

Boleh jadi antara punca berlakunya kesedihan itu disebabkan oleh kesilapan kita yang terdahulu.

Ketepikan ego diri untuk mengakui hakikat ini kerana kita sememangnya manusia yang lemah dan banyak melakukan kesilapan dalam hidup.

Kenal pasti apakah kesilapan atau kelemahan diri kita kemudian berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Tak perlu berubah secara drastik, biar step by step, kemudian konsisten untuk mengatasi kekurangan kita itu.

      3. Banyakkan berdialog dengan Allah

Jika digunakan istilah ‘berdoa’, mungkin ramai antara kita yang hanya membataskan tempohnya untuk sewaktu selesai bersolat sahaja.

Namun dialog dengan Allah ini sebenarnya sama sahaja konsepnya dengan doa, cuma bunyi istilah dialog itu akan membuang batas waktu itu.

dialogue1

Adukan segala rasa kepada Allah dengan penuh kerendahan hati, tawakal dan rasa berharap yang sangat tinggi.

Menangis sepuas-puasnya kerana anda akan rasa lebih lega dan ianya mampu melembutkan hati.

“Ya Allah, aku benar-benar mengharapkan kekuatan daripada Mu agar aku mampu melalui ujian ini dengan penuh keimanan. Aku tidak menyalahkan takdir Mu kerana Engkau berhak ke atas seluruh hidupku. Semoga dengan ujian ini Engkau redha denganku..”

Contoh dialog yang boleh diluahkan mungkin sewaktu anda sedang memandu kereta.

Jangan limit-kan waktu untuk berdialog dengan Allah.

Ada sahaja peluang dan ruang masa, lakukannya! Anda tak akan rasa keseorangan. Percayalah!

     4. Banyakkan berdialog dengan diri sendiri.

Tak semua perkara kita boleh  dan mampu untuk ceritakan kepada orang lain.

Maka di sinilah pentingnya untuk anda bersahabat dengan diri sendiri.

Tarik nafas, tahan seketika dan hembus dengan tenang.

Saat ini anda perlu menjadi pakar motivasi kepada diri sendiri. Ingatkan semula diri anda tentang kepentingan beriman dengan qada’ dan qadar, ganjaran bagi orang yang bersabar dan maha baiknya Allah kepada anda selama ini kerana telah mengurniakan pelbagai nikmat dalam hidup yang mungkin anda terlepas pandang.

Ingatkan diri sendiri untuk pandang kehidupan pada sudut yang positif dan cari hikmahnya.

Banyakkan membaca al-quran dan tahajud untuk mendapatkan positif vibes anda!

    5. Beri masa dan ruang kepada diri.

Businessmen and Clock

Jangan paksa diri anda untuk move on terlalu cepat.

Anda masih berada dalam fasa kesedihan dan mungkin sedang tertekan.

Takut pula bertambah tekanan jika anda terlalu push diri untuk move on secepat mungkin.

Ambil sedikit tempoh untuk bertenang seketika agar iman dan mental menjadi rasional.

Setiap tindakan yang ingin diambil perlu difikirkan buruk baiknya terlebih dahulu. Jangan bertindak mengikut emosi.

Masa dan ruang itu boleh anda isi dengan melakukan perkara-perkara yang boleh menggembirakan anda contohnya seperti makan aiskrim, memasak, menulis atau apa sahaja, bergantung kepada diri masing-masing.

    6. Cari bahan bacaan atau quotes yang membangkitkan semangat diri.

Anda boleh dapatkannya di Iman Shoppe yang terletak berhampiran KTM Serdang. (eh terpromote pula)

Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sangat membantu untuk memulihkan motivasi anda!

Anda juga boleh menukar wallpaper handphone anda kepada quotes positive ataupun mana-mana ayat al-quran yang memotivasikan.

Beautiful_Morning_Quotes-Landscape_HD_Wallpaper_medium

    7. Ingatkan semula diri anda,”Hari ini mestilah lebih baik dari hari semalam.”

Jika sebelum ini setiap kali anda berhadapan dengan masalah ataupun kesedihan, mungkin anda begitu negatif sehinggakan terkena tempiasnya pada orang lain.

Mungkin kali ini anda boleh ambil peluang untuk improve cara anda handle kesedihan anda.

Belajar untuk kawal emosi dan jadilah orang yang lebih tenang.

Setidaknya daripada kesedihan anda kali ini, anda telah berjaya melakukan satu perubahan dalam diri kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini!

    8. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain.

Dalam hidup ini, tiada apa yang berlaku terlalu cepat atau lambat.

Kesemuanya  berlaku dengan tepat. Saat anda diuji, mungkin anda lihat orang lain sedang berbahagia.

Jangan dilupa, mungkin orang lain diuji saat anda sedang berbahagia.

Larang diri anda daripada membandingkan bentuk ujian dengan orang lain kerana ujian diberi mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Ujian anda mungkin hebat kerana nilai diri anda tinggi di mata Allah.

Ingat, Allah itu maha adil!

    9. Kuatkan diri anda!

Redhailah terhadap segala apa yang terjadi.

Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan ianya kekal bersama dalam sejarah hidup kita. Jangan terbawa-bawa dan sentiasa meratapi nasib diri.

Takperlu untuk anda ikat diri anda pada momen yang telah pun berlalu.

Masa berjalan dengan pantasnya, anda juga perlu terus maju seiring dengan berlalunya waktu.

Sibukkan diri anda dengan hal-hal bermanfaat seperti mengikuti usrah, program-program kemasyarakatan atau kesukarelawanan dan sebagainya.

Hargai diri anda, anda memiliki nilai yang tersendiri. Manfaatkannya sebaik mungkin!

     10. Amalkan kesemua tips di atas.

InsyaAllah kesemua tips di atas akan berkesan sekiranya anda lakukannya dengan penuh keyakinan. Sekiranya tidak berhasil, bererti anda tidak cukup yakin lagi!

Allah itu ada, dan akan sentiasa ada untuk kita.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini!

Baca Juga :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply