11 Perkara Tentang Persepsi Berkaitan Isu Rohingya Yang Kita Perlu Betulkan

0
2029
views

1. Naratif ‘stereotyping’ dan ‘generalizing’ warga Rohingya yang dimainkan di media sosial beberapa hari kebelakangan ini sangat mirip naratif yang dimainkan media barat terhadap imigran dari Timur Tengah, warga kulit hitam dan latin di media barat yang berhaluan ‘far-right’ khususnya.

2. Pada tahun 2015, Bank Dunia menganggarkan terdapat sekitar 2.1 juta warga asing berdaftar berkerja di Malaysia dan dianggarkan lebih 1 juta berkerja secara haram atau ‘term’ popularnya PATI.

3. Pekerja asing di Malaysia mewakili 15% dari jumlah pekerja di seluruh negara dan ini adalah jumlah ke-4 terbesar dirantau asia timur. Bagi setiap kemasukan 10 pekerja asing, ianya akan mewujudkan 5 pekerjaan bagi warga Malaysia dan ianya merangsang pertumbuhan 1.1% keluaran negara kasar (GDP).

4. Menurut angka berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia, dari 2.1 juta warga asing yang berdaftar, jumlah terbesar adalah dari Indonesia dengan jumlah 835,000, diikuti Nepal 502,000, diikuti Bangladesh sekitar 282,000 dan Myammar dan India yang masing-masing sekitar 140,000.

6. Statistik 2016 menunjukkan sekitar 50,000 pelarian Rohingya didaftarkan di Malaysia mewakili hanya 1.6% dari jumlah warga asing di Malaysia. Jumlah yang jauh lebih kecil dari warga asing lain di negara kita.

7. Naratif yang dimainkan adalah Rohingya adalah bangsa yang pengotor, pemalas, tiada sivik dan cepat besar kepala. Tempat paling popular didalam naratif ini adalah Pasar Borong Selayang.

Yang peliknya isu ini dimainkan ketika isu pembantaian dan kezaliman keatas warga Rohingya sedang rancak dijalankan di wilayah Arakan, Myammar.

Sepertinya ada ‘diversion’ yang cuba dimainkan bagi menutup kezaliman dan penindasan tanpa perikemanusiaan rejim tentera Myammar dan sebilangan para sami Buddha yang ekstrimis.

8. Stereotyping ini juga lebih awal terpalit kepada warga asing lain seperti mengaitkan warga Indonesia dengan amalan pecah rumah, ragut dan samun bersenjata dan memukul rata semua warga kulit hitam dengan ‘black money’, pengedar dadah dan berkelakuan kasar dan warga Bangladesh dengan amalan mengorat perempuan melayu dan bau yang kurang menyenangkan di khalayak ramai.

Ini merupakan common stereotype di kalangan penduduk tempatan. Stereotyping ini adalah pahit bagi kita namun harus ditelan.

9. Stereotyping ini tidak hanya berlaku di negara kita, jika kita membaca media barat, umat Islam kerap dikaitkan dengan gerakan keganasan dan tidak mahu berintegrasi dengan penduduk tempatan manakala masyarakat ‘black americans’ dan latin sering dikaitkan dengan jenayah bersenjata dan pengedaran dadah.

Di negara Eropah pula, masyarakat Gypsy dianggap pencuri yang handal dan pengamal sihir.

10. Bagaimana pula stereotype terhadap masyarakat melayu di Singapura ? Mahukah kita terima realitinya ?

Dalam kes warga Rohingya di malaysia, saya percaya ianya timbul akibat kurangnya pendidikan asas diberikan kepada mereka sejak dari lahir akibat tekanan rejim tentera.

Menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama mendidik mereka menjadi masyarakat yang ‘civilised’.

Pun begitu, dengan bilangan yang sedikit, mereka masih mampu mempunyai perniagaan yang maju di wilayah Arakan sehingga dicemburui penduduk Buddha.

11. Di negara manapun kita berada, stereotyping dan generalizing akan sentiasa berlaku terhadap imigran kerana kurangnya integrasi sesama masyarakat.

Pada akhirnya, melayu, cina, india, Rohingya, Arab, Afrika, Caucasian dan lain-lain bangsa ada kelemahan tersendiri yang boleh ditonjolkan.

12. Saya berharap kita terus fokus dalam usaha memberikan kesedaran dan tekanan terhadap kerajaan Myammar dalam usaha menghentikan keganasan dan kezaliman terhadap ribuan warga Rohingya di wilayah Arakan dan mengabaikan post-post stereotyping dan generalizing yang tiba-tiba muncul pada saat yang sangat tidak kita inginkan.

Apakah yang lebih penting dari menyelamatkan darah, nyawa dan maruah saudara kita yang sedang dibantai ?

Wallahua’lam.

 

Sumber Asal : Facebook Mohd Shazwan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply