15 Poin Ringkas Berkaitan Bitcoin dan Wang Virtual – Dr Zaharuddin Abdul Rahman

0
1512
views

#1

Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan ‘legal tender’.

Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya.

Sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti. Panjang lagi huraian bab ini cuma tidak sesuai di ruang ini buat masa ini.

#2

Bitcoin juga disebut sebagai virtual currency menurut IMF.

Boleh mainkan fungsi hampir serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.

#3

Mata wang fiat dan mata wang digital masing-masing tiada nilai instrinsik.

Namun masih layak dianggap wang dalam dunia moden apabila ia mencukupi beberapa ciri wang yang disebut oleh ramai ulama silam dan moden.

#4

Bezanya, mata wang fiat dicipta oleh kerajaan dan nilainya berdasarkan banyak faktor ekonomi sesebuah negara dan juga demand supply.

#5

Manakala mata wang digital (bitcoin etc) dicipta oleh pihak ‘anonymous’ & nilainya juga melalui demand and supply.

Cuma penciptaan terhad kepada 21 juta unit sahaja dan ini menjadikan nilainya hanya bergantung kepada demand supply dan keyakinan ramai terhadap sistemnya.

#6

Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi.

Namun WAJIB TAHU risiko nilai sedia ada mungkin ‘burst’ seperti buih yang menngkat sangat tinggi dalam tempoh sangat cepat akhirnya meletup dan kerugian teruk adalah risiko juga.

#7

Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.

#8

Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu.

Tidak punyai info yang cukup berkenaan tempat membelinya serta kredibilitinya adalah suatu gharar yang MESTI dielakkan.

#9

Bitcoin melalui proses ‘penempaan’ (mining) yang ketat dengan teknologi ‘block chain’ yang mengikat setiap transaksi juga berdasarkan formula mathematik yang sukar dirosakkan atau ditipu.

Ditambah lagi ‘distributed public ledger’ yang telus di antara pihak miner.

Setakat pengkajian saya, tiada unsur gharar yang besar di sini.

Juga terdapat teknik yang berfungsi seperti digital signature bagi setiap transaksi yang begitu rumit ditiru.

#10

Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange. Dan jika ditipu oleh pihak yang mendakwa menjual bitcoin atau menyediakan e-wallet bitcoin, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.

#11

Hukum hakam ketika penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain. Hukum riba’ terpakai dalam urusan bitcoin JIKA TIDAK menepati contohnya syarat TUKARAN secara spot, pinjaman dengan faedah etc.

#12

DITEGAH & TIDAK HARUS memperdagangkan bitcoin untuk mendapat keuntungan dari perbezaan nilai secara spekulasi seperti forex trading.

Keadah mendpat wang dengan cara terbabit TIDAK KAITAN dengan pertumbuhan real economy, serta ia bakal menjadikan wang sebagai komoditi dan bercanggah dengan tegahan riba yang tidak membenarkan wang disewakan kerana manfaatnya dengan pulangan wang.

#13

Bitcoin berisiko menjadi ‘tool’ scammer seperti emas, duit kertas dan lain-lain yang digunakan untuk menipu orang awam melalui skim-skim janji untung cepat kaya. WAJIBLAH jauhi SKIM sebegini.

#14

Bitcoin juga besar kemungkinan dijadikan sumber pembayaran penjenayah yang ingin melepasi tapisan kerajaan ketika memindahkan pembayaran.

Justeru, itu mungkin menjadikan pihak berkuasa bimbang dengan wang digital ini dan perlu mengawalnya di dalam negara ini.Ini juga menjadikan risiko berurusan dengan bitcoin bertambah.

#15

Bitcoin digelar sebagai speculative asset yang belum stabil nilai sebenarnya dan memerlukan masa untuk lebih stabil, atas sebab itu, ia sangat berisiko tinggi.

NOTA TAMBAHAN

PERLU JELAS BACA catatan saya, kebiasaannya penyokong tegar bitcoin memerlukan pendapat HARUS BITCOIN agar mereka boleh hebahkan dan terus berdagang dan terus menerus berdagang serta berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik), PERLU JELAS, saya TIDAK BERSETUJU dengan hal terbabit.

Justeru jangan ‘spin’ nota dan kenyataan saya kepada hal yang tidak saya persetujui. dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan kalian kononnya saya meluluskannya.

Saya hanya hadkan keharuskan kepada a) simpan nilai b) jadikannya sebagai medium of exchange bagi transkasi pembelian barangan sebenar.

Itu pun dengan syarat telah pastikan ‘gharar’ dikecilkan pada maklumat tempat beli dan tempat jual serta walet adalah dari syarikat yang valid dan berdaftar.

Juga telah pastikan risiko nilai bitcoin jatuh dan lain-lain risiko lain sanggup ditanggung.

 

Sumber Asal : Laman Facebook Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply