2 Langkah Ringkas Untuk Memahami Bajet Negara 2018 – Jannatun Nisa’

0
914
views

 

Bajet 2018 akan dibentangkan 27 Oktober. Ya, Jumaat ini.

Tapi sejauh mana anak muda dan masyarakat umum cakna?

Bukan semua orang yang buat tidak tahu.

Ada yang cuba-cuba mendengar pembentangan bajet namun yang kita dapat tangkap hanyalah nombor-nombor yang entah beri kesan kepada kita atau tidak.

Dan segolongan pula hanya mempersoalkan satu perkara; WIIFM (what’s in it for me)?

Tapi bila diberi kesempatan membaca Kopi-o-nomi Versi Bajet 2018 yang dihidangkan oleh Iman Publication, terasa kesegaran minda seolah-olah menghirup kopi segar yang baru dibru.

Menjawab Persoalan

Untuk yang tak pernah ada latar belakang ekonomi, pasti agak sukar untuk kita terus memahami perkara yang kompleks.

Jadi sebaiknya kita bermula dengan memahami perkara-perkara asas dahulu.

Dibentangkan dalam bentuk soal-jawab, Kopi-o-nomi Versi Bajet 2018 menjawab pelbagai persoalan tentang bajet bermula persoalan asas seperti apa itu bajet, daripada mana datangnya duit kerajaan dan ke mana ia disalurkan hinggalah isu-isu kontroversi.

Bila duk sembang-sembang dengan kawan-kawan di kedai mamak, sering juga kita dengar;

“Eh, awat banyak beno kerajaan berhutang? Nanti negara kita bankrap lah kan?”

“Kerajaan guna GST untuk curik duit rakyat! Tak boleh ke cari duit sendiri?”

“Alah ucapan bajet tu semua penuh gula-gula je!”

Biasa dengar kan?

Adakah semua konklusi yang diluahkan benar atau ia sekadar reaksi impuls?

Kopi-o-nomi ada jawapannya.

Ambil Bahagian

Dan akhirnya Kopi-o-nomi memahamkan kita bahawa sebagai rakyat, kita perlu tahu dan faham realiti keadaan negara kita sendiri.

Siapa lagi nak ambil tahu keadaan negara kita kalau bukan kita?

Jadi apa yang kita perlu buat sekarang?

Pertama, mulakan dengan memahami konsep-konsep dan terma asas seputar bajet seperti maksud bajet, jenis-jenis cukai, hak kerajaan mengutip cukai, emolumen sebagai perbelanjaan terbesar dan sebagainya.

Hadam konsep-konsep tersebut sehingga kita dapat menjawab, jika harga minyak turun dan pendapatan negara menurun dengan mendadak, apa sumber kewangan lain yang boleh menambah kepada kelompongan pendapatan itu?

Kedua, bajet yang dibentangkan merangkumi terlalu banyak sektor termasuk pendidikan, pertanian, kesihatan, dan sebagainya.

Jadi pilih sektor mana yang kita ingin fokuskan.

Contohnya jika kita seorang pelajar, tidak cukup sekadar kita tahu berapa ringgit yang akan diperuntukkan dalam kad debit siswa 1M.

Namun kita juga patut mengambil berat berapa peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah kerajaan, pembiayaan siswa, pinjaman PTPTN, geran penyelidikan dan sebagainya.

Selesai meneliti bajet, jangan lupa untuk cakna juga sejauh mana ia dilaksanakan.

Sebagai rakyat, kita perlu tuntut hak dan keperluan yang telah dinyatakan dalam bajet untuk pembangunan negara di penjuru masing-masing.

Kerana akhirnya pembangunan negara itu bergantung kepada sejauh mana inisiatif rakyatnya, bukan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan.

 

Kita wajib ambil bahagian.

Baca perincian bajet di sini:

http://www.treasury.gov.my/index.php/ekonomi/anggaran-hasil-kerajaan.html

http://www.treasury.gov.my/index.php/bajet/anggaran-perbelanjaan-persekutuan.html

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply