2 Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Usahakan Solat Tahajjud Bersama

0
4826
views

 

Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji di sisi Allah.

Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah khusus kepada suami isteri yang bangun bertahajud bersama-sama.

1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang

Setiap pasangan suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.

Keluarga yang sakinah adalah apabila sang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah berdakwah, menjadi tenang saat masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.

Mawaddah itu ertinya cinta yang berpaksikan pada sosok fizikal.

Atas sebab merasakan isterinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.

Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi tuntutan biologinya dan mengubah syahwat menjadi berpahala.

Mawaddah umumnya dominan pada usia pernikahan muda.

Apabila semakin bertambah usia perkahwinan, biasanya mawaddah memudar.

Tetapi apa yang membuatkan suami isteri tetap harmoni dan bahagia meskipun tidur saling membelakangi?

Itulah rahmah.

Cinta dan kasih sayang bukan karena pertimbangan fizikal sama sekali. Tetapi kerana akhlak, karakter, dan kerana cinta itu sendiri.

Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya.

Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ فَإِنْ أَبَتْ رَشَّ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى فَإِنْ أَبَى رَشَّتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan dia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mau bangun, dia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu dia solat dan dia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah

Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya.

Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.

Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat memerlukan sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat dizalimi, dibela oleh Allah.

Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا كُتِبَا فِى الذَّاكِرِينَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Jika seorang laki-laki membangunkan istrinya di waktu malam lalu keduanya shalat, atau shalat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah” (HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply