2017 : Ke Mana Hala Tuju Malaysia? – Nik Fatma Amirah

0
172
views

2017 Calender on the red cubes

Hari ini kita melangkah ke tahun baru 2017 selepas kita lalui pelbagai pengalaman pada tahun 2016. Episod suka dan duka yang dihadapi negara  dan ummah amnya hendaklah dijadikan sebagai pengajaran untuk kita melangkah ke tahap yang lebih baik tahun ini.

Tahun baru kali ini disambut dengan suasana suram dengan peristiwa kejatuhan Aleppo di tangan musuh dan tahun 2016 juga kita dapat saksikan kezaliman dan penindasan yang berlaku terhadap saudara se-Islam kita di Rohingya.

Di negara kita pula, rakyat terus resah dan gelisah dek pelbagai krisis yang melanda. Pertama adalah berkenaan urus tadbir ekonomi negara yang tidak transparen dan tidak berintegriti, hutang negara terus meningkat dan kos sara hidup menjadi semakin tinggi.

Kita juga berhadapan dengan fenomena kemiskinan yang semakin mencengkam, jurang pendapatan yang bertambah luas, kejatuhan ringgit yang mendadak dan ramai yang berhadapan risiko kehilangan pekerjaan kerana situasi ekonomi yang tidak menentu.

Kedua, isu yang besar juga dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu isu politik. Sebahagian pemerintah mengamalkan politik kepartian yang sempit, penyalahgunaan kuasa dan politik. Bahkan sejak merdeka, rakyat dimomokkan dengan politik perkauman sehingga menafikan hak kaum-kaum lain di Malaysia.

Ketiga, isu sosial. Pendidikan negara kita yang masih gagal dalam menuju pembangunan modal insan kelas pertama. Isu perpaduan nasional melibatkan perpaduan antara kaum dan kesatuan merentas negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Seterusnya, keruntuhan institusi keluarga yang semakin meningkat dan keruntuhan social serta akhlak generasi muda yang semakin tenat.

Mengapa semua ini berlaku?

Di dalam Al-quran, Allah telah menyebut di dalam Surah ArRum:41,

“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia”.

plastic-trash-in-oceans-and-waterways

Dan Rasulullah SAW juga pernah bersabda;

‘Jika amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran,’ dia (Abu Hurairah) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?’ Beliau menjawab, ‘Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.’ (HR Bukhari)

Perubahan yang mendasar mesti dilakukan oleh gabungan organisasi masyarakat madani @ NGO bersama gabungan parti-parti politik yang mampu memiliki keupayaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang serta mampu menguruskan perjalanan pentadbiran negara dengan lebih baik.

Sebuah Gagasan Yang Menjadi Nafas Baru Untuk Malaysia

Sempena tahun baru 2017 ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah NGO masyarakat madani terus komited membawa dan merealisasikan idea atau gagasan yang dinamakan “Gagasan Malaysia Menuju Negara Rahmah”.

Gagasan ini sangat signifikan dan ia merupakan ciri-ciri negara yang kita impikan bersama dan usaha untuk merealisasikannya perlu bermula daripada sekarang, usaha dari pihak pemerintah, dengan kolaberasi rakyat.

Kedua-dua pihak harus bergandingan dan bekerjasama dalam membentuk negara yang lebih sejahtera dan makmur.

Kits juga harus berusaha memelihara hubungan baik dengan masyarakat muslim dan bukan muslim dan membangun tapak politik ummah yang kuat di dalam negara untuk kelangsungan demokrasi yang matang.

  • Ciri Asas Negara Rahmah, yang menjadi impian setiap jiwa rakyat Malaysia:

1- Kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti
2- Sistem Pemerintahan yang berasaskan semak dan Imbang yang berkesan
3- Tadbir Urus yang baik
4- Undang-undang yang adil
5- Masyarakat yang berilmu berakhlak dan penyayang
6- Institusi keluarga yang utuh
7- Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8- Ekonomi yang mampan
9- Agihan kekayaan yang saksama
10- Pembangunan yang lestari
11- Kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yang terpelihara
12- Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Memetik kata-kata Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam ucaptama beliau pada Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016,

“Negara Rahmah Mithali yang ingin kita bangunkan di Malaysia ialah sebuah negara rahmah yang menaungi penduduknya, melebarkan naungan tersebut ke bahagian lain dunia secara berperingkat-peringkat pada masa hadapan agar dunia sepenuhnya berubah kepada dunia baru yang rahmah, saling menyantuni semua penjurunya dengan santunan kemanusiaan, santunan ihsan dan santunan peradaban”.

pti2016-awal9
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Ayuh rakyat Malaysia, bangkit dan terus mendokong gagasan yang akan kita realisasikan bersama ke arah pembentukan negara Rahmah!

 

Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad (Ahli Biro Penyelidikan IKRAM)

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply