28 Hari Meneroka Eropah, Saya Dapati Sikap Orang Islam Ini Perlu Diubah – Anis Atikah

0
326
views

Pada Disember 2016, saya memulakan perjalanan saya sebagai “solo traveller”. Perjalanan itu berlangsung selama 28 hari merentas 5 buah negara dan juga 12 buah bandar.

istanbul

5 buah negara yang dilawati  adalah Perancis, Germany, Turki, Bosnia & Italy. Manakala 12 buah bandar yang berjaya saya jejaki adalah Paris, Frankfurt, Mainz, Istanbul, Izmir, Selcuk, Sirince, Sarajevo, Rome, Verona, Venice dan Milan.

Di ruangan ini, saya ingin kongsikan sebahagian daripada apa yang Allah ilhamkan dan tunjukkan kepada saya sepanjang perjalanan dari segi ummat islam.

Apa yang saya nak kongsikan ini mungkin bakal menyebabkan orang Malaysia tidak berapa berkenan dengan saya. Tapi saya harus kongsikan juga demi dakwah dan tarbiah di sini.

Berikut adalah antara sikap orang islam sekarang yang pada saya kita harus sama-sama perbaikinya.

  • Sombong

Kebanyakan tempat yang saya pergi, orang islam sangat sombong. Terutamanya warganegara Malaysia. Suatu ketika dahulu, jika berjumpa antara satu sama lain pasti akan bertegur sapa dan murah dengan senyuman.

images

Tapi kini tidak lagi. Mereka “kerek”. Ada yang bila jumpa sahaja mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Yang paling teruk, bila nak bertembung, jelingan diberikan dan mengalih arah ke laluan lain sebab tak nak bertembung punya pasal. Situasi ini bukan saya sahaja yang alaminya.

Sudah banyak orang memberikan komen yang sama. Rakyat Malaysia merasakan mereka nie hebat sebab mampu ke luar negara barangkali.

Secara jujurnya, saya sangat terkejut dengan situasi tersebut. Warganegara Singapura, Indonesia tidak pula berkelakuan sedemikian. Sama juga dengan golongan arab.

Sombong dan tidak memberikan senyuman langsung terhadap rakan seakidah. Tiada lagi hubungan ukhwah fillah dirasakan.

  • Pudarnya ketokohan seorang suami

Sepanjang saya mengembara, saya lihat si suami atau boyfriend atau kawan lelaki masing-masing tidak memainkan peranan untuk menegur sikap isteri/ kawan perempuan yang sombong itu.

Semasa saya berada di Verona, mulanya saya ingatkan mereka itu orang Filipina sebab tidak bertudung dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka memandang saya dengan jelingan yang tajam.

Tapi saya abaikan sebab bukan orang islam. Tup tup, terkeluar dengar mereka cakap melayu. Saya menoleh ke arah mereka lagi sekali dan berikan senyuman tapi dibalas dengan jelingan.

Si suami hanya memerhatikan sahaja. Pada ketika itu, saya berjalan dengan kawan saya yang merupakan warganegara Itali. Disebabkan saya bengang, maka saya berbahasa Itali di hadapan mereka.

Kehadiran saya ke Itali itu salah satunya adalah ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Itali saya. Pada masa itu, saya dapat lihat air muka mereka berubah.

Seolah-olah mereka terkejut. Selepas itu, saya memberikan salam barulah mereka menjawab salam. Kenapalah si suami mengiyakan tindakan isteri macam tu?

Ada satu situasi itu pula, sewaktu di Milan. Sama naik je suami isteri masing-masing elak tak nak bertentang mata walhal hanya beza setapak dua sahaja. Hermmm…

  • Praktikal muslim dan non-praktikal muslim

Secara jujurnya, keadaan di atas sudah dianggap normal. Umat islam sekarang telah menjadi sedemikian. Di Turki mahupun Bosnia mereka mengasingkan antara agama dan kehidupan mereka seharian.

Turki dan Bosnia memiliki latar belakang sosial yang lebih kurang. Kini, sesiapa yang mengamalkan islam itu dipandang pelik.

intelligent_people_drink_more_alcohol

Benarlah kata-kata “islam datang secara asing, akan pulang dalam keadaan asing. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing” hadith riwayat muslim.

Mereka islam atas nama bukan amal. Mereka minum arak serta melakukan hubungan seksual secara terbuka tanpa berasa malu malah ada dari kalangan mereka yang mengatakan saya ni kuno sebab tidak ikut perkembangan zaman.

Saya hanya senyum sahaja kerana tiada niat untuk berbahas. Ketika di Paris, saya berkawan dengan warganegara Kazakhstan. Setahu saya ianya adalah sebuah negara islam.

Usai solat subuh, kami berborak dan tetiba mereka berkata, “Atikah, we are muslims. But we don’t really practice islam anymore. Only the old people will pray and wear like you do.”

Semasa saya mendengar komentar sedemikian, hati saya terus sebak dan beristighfar panjang. Ya Allah, besar sungguh ujianMu untuk ummat akhir zaman ini.

Di luar sana, mereka bebas untuk tidak beramal dengan islam malahan mereka bangga. Malah ada yang cuba mengusik dan mempengaruhi saya supaya menjadi seperti mereka.

Tapi alhamdulillah, Allah masih menguatkan iman saya tatkala bergaul dengan mereka. Perjalanan ini juga menyebabkan saya lebih bersyukur dilahirkan di rantau Asia Tenggara.

Menurut pengamatan saya, hanya islam di rantau Asia Tenggara yang masih mengamalkan islam secara serius. Maksud saya, tiada umat islam di rantau ini yang berani membuat tindakan dosa besar secara terang-terangan dan bangga melakukan demikian.

Pendek kata, islam di rantau ini masih lagi terjaga walau pun sekularisme cuba meluaskan pengaruhnya. Negara seperti Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia dan Brunei serta beberapa negara lain yang masih serius menjaga dan mendaulatkan islam dalam kehidupan mereka.

Semoga Allah terus menguatkan rantau ini dengan islam dan membantu untuk menaikkan islam kelak. Amin.

  • Dia Islam?? Belum tentu selamat.

Sepanjang perjalanan sudah tentu banyak perkara yang saya alami. Di sini saya ingin tekankan berkenaan dengan orang islam yang kita jumpa terutamanya, lelaki.

Mereka mungkin mengaku diri mereka islam tapi kita tidak boleh percaya. Saya belajar sekarang ini, orang islam sendiri kita tidak boleh percaya. Dahulu, bila mengembara orang islamadalah orang yang paling boleh percaya.

body-img-sexual

Tapi kini tidak lagi. Kebanyakan mereka ingin mengambil kesempatan ke atas diri perempuan. Saya pernah nyaris diperkosa oleh orang islam sendiri sewaktu di Milan, dipujuk rayu oleh orang arab untuk ke rumahnya sewaktu di Rom dan macam-macam peristiwa lagi.

Sewaktu di Frankfurt, ada juga seorang lelaki dari Somalia bernama Mohamad yang selalu menegur saya. Dan saya kurang berkenan dengan caranya sebab kadang-kadang dia datang dekat seolah-olah ingin memeluk saya.

Nasib baik pada ketika itu, ada kawan beragama Kristian namanya Aleks, warganegara Bulgaria. Dia memberitahu saya supaya berhati-hati dan dia tidak mempercayai lelaki itu seorang islam sebab dia tidak pernah nampak dia solat.

Aleks berkata, sekiranya saya memerlukan apa-apa dia sedia membantu. Begitu juga dengan Peter yang juga seorang kristian. Peter tu dah macam ayah saya semasa di Frankfurt.

Dia sangat menjaga dan memastikan saya selamat. Pendek kata, bila di luar negara orang bukan islam lebih dipercayai berbanding orang islam itu sendiri. Syukur pada Allah kerana menghantar mereka untuk menjaga saya sewaktu di Germany.

Anis ‘Atikah binti Mohamed,

Part time traveller,

VUW Alumni,

Guru Matematik di MRSM

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply