3 Langkah Utama Menghilangkan Hasad Kepada Orang – Ust Pahrol Juoi

0
1090
views

Bagaimana untuk menghilangkan rasa hasad dengki kepada seseorang?

Begitu, pernah saya ditanya oleh seseorang. Saya terkesima kerana itu juga pertanyaan hati saya.

Lama saya merenung.

Kemudian saya cuba menjawab soalan itu.

Kata saya,

“Maafkan orang yang kau hasad, itu yang pertama. Kedua, doakannya. Ketiga, dan yang paling penting, kenangkan bahawa hasad itu bukan sahaja kesalahan kita kepada manusia tetapi kebiadaban kita kepada Allah…”

Mengapa?

“Kerana orang yang hasad secara tidak langsung hakikatnya telah mempersoalkan keputusan Allah dalam mengagihkan nikmatNya kepada manusia. Kenapa dia yang dapat? Kenapa tidak aku? Itulah permulaan sifat hasad.”

Tegasnya, hasad bukan hanya soal mazmumah tetapi ia adalah masalah akidah.

Wallahua’lam.

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply