4 Doa Pilihan Ketika Dilanda Dengan Ujian – Ustazah Maznah Daud

0
994
views

1. Ketika anda diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup

Jangan lupa membaca:

۞ لا إلهَ إلاّ أنتَ سُبحانكَ إني كنتُ من الظالمين

Allah menjamin dengan firmanNya yang bermaksud:

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!

Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).”

(Al-Anbiaa’:87-88)

2. Jika anda ditimpa sakit

Jangan lupa membaca:

۞ ربي إني مسّنيَ الضرُ وأنتَ أرحمُ الراحمين

Perhatikan firmanNya yang bermaksud:

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).”

(Al-Anbiaa’:83-84)

3. Jika anda dihimpit perasaan takut

Jangan lupa membaca:

۞ حسبي الله ونعم الوكيل

Lihat janji Allah di dalam firman ini (maksudnya):

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya.

Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).

Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.”

(Aali-‘Imran:173-174)

4. Jika anda diancam tipudaya manusia

Jangan lupa membaca

۞ وأفوضُ أمري إلى اللهِ واللهُ بصيرٌ بالعباد

Maka Allah akan pelihara kita dari tipudaya tersebut:

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.

Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,”

(Ghafir:44-45)

اللهم إجعلنا من الذاكرين الشاكرين ولاتجعلنا من الغافلين
واجعل القرآن ربيع قلوبنا وجلاء غمومنا وهمومنا

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang yang mengingatiMu dan mensyukuriMu.

Janganlah jadikan kami termasuk dalam golongan orang yang lalai.

Jadikanlah al-Quran sebagai penyeri hati-hati kami dan penghapus kerisauan serta resah gelisah kami.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply