4 Tahap Ketagihan Yang Dihadapi Penagih Pornografi – Fadhli Othman

0
255
views

130208021500-smartphone-iphone-xxx-jc-tablet-large

Sejak mutakhir ini selalu kedengaran isu kehilangan kanak-kanak di bawah umur. Penemuan mereka akan di akhiri dengan kematian yang sungguh tragis.

Penderaan seksual juga turut menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah didapati lebam dan koyak pada kemaluannya.

Tidak cukup dengan itu, masyarakat awam juga dihidangkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan gangguan seksual. Antaranya aksi wanita yang dirakam di dalam tandas sebuah pasaraya terkemuka.

Serangan gangguan seksual ini semakin hari semakin menjadi.

Persoalannya bagaimana perkara ini terjadi ?

Dalam masa yang sama di sekolah murid-murid juga telah terdedah dengan bahan bacaan yang berunsurkan seksual yang melampau. Genre bacaan Manga yang berunsurkan cinta telah banyak disebarkan dan menjadi bahan bacaan kanak-kanak seawal 10 tahun.

nonton video

Pembinaan sahsiah yang tidak sihat ini semakin berkembang. Jika masyarakat tiada kesedaran, mungkin akan berlaku banyak lagi jenayah-jenayah seksual disekeliling kita .

Jenayah seksual ini bermula dari berkenalan dengan pornografi. Kemungkinan bermula dari situasi yang anda sendiri tidak sedari kehadirannya.

Kehadiran ketagihan pornografi boleh bermula dari kenalan di bangku sekolah, bahan bacaan majalah-majalah yang memaparkan jalan cerita yang dapat menimbulkan keinginan seks atau gambar-gambar artis yang mencolok mata.

Pornografi akhirnya menyuntik kognitif individu agar terus menerokai ke alam yang lebih luas dan jauh.

Sehinggakan individu tersebut berada di dalam dunia khayalan tiada sempadan yang akhirnya menjerumuskan penagih ke lembah yang kotor.

Keinginan untuk mengetahui lebih lanjut membuatkan individu yang mendambakan pornografi ini melakukan tanpa sedar dan tanpa kawalan diri yang baik.

Di saat itu, individu yang mengalami masalah mental ini akan menggunakan organ seksual iaitu kemaluan untuk merasakan keseronokan dalam fantasi ini, akhirnya dadah pornografi ini menjadi satu keperluan. Inilah dinamakan ketagihan.

Dr. Victor Cline, seorang pengamal klinikal dan pakar ketagihan telah membahagikan empat tahap ketagihan yang membawa si penagih pornografi kepada perilaku yang lebih dasyat.

porn-computer-key_large

Tahap 1 – Ketagihan (addiction)

Virus pornografi terhadap individu telah menyebabkan stimulasi seksualnya menjadi sangat kuat.  Sebagaimana yang kita ketahui pornografi ini bersifat afrodisiak.

Afrodisiak ialah bahan yang menaikkan syahwat sesukahati tanpa niat dan tujuan yang suci, sedangkan Tuhan menciptakan nikmat seks dan ransangan seksual untuk dimanfaatkan pada perkara atau tujuan bagi mencapai fitrah manusia.

Maka apabila seseorang individu itu telah berada di dalam ketagihan yang melampau maka penagih pornografi akan mencari jalan singkat dengan memuaskan nafsu seksnya seperti onani.

otak_porno

Tahap 2 – Pengheretan (Escalation)

Setelah penagih pornografi mengalami tahap pertama, si penagih tidak akan merasa puas dan dia akan mencari jalan bagi meningkatkan kepuasannya.

Dari masa ke semasa si penagih memerlukan desakan stimulasi imej seterusnya video dan akhir sekali individu itu akan mencari apa sahaja material atau bahan yang lebih eksplisit demi mencapai kepuasan seksnya.

Jika sebelum ini, penagih pornografi hanya menggunakan anggota tangannya bagi memuaskan nafsu seksnya dengan cara onani, tidak lagi pada tahap kedua ini.

Pada tahap kedua ini, penagih pornografi akan mencari idea seperti menebuk tilam atau bantal atau apa-apa bahan yang dapat memuaskan nafsunya.

Selain itu, desakan lain juga boleh terjadi di dalam bentuk lebih kasar, ganas, penderaan dan apa sahaja asalkan ia memberi kenikmatan dengan apa yang dilihat.

Tahap 3 – Penyahpekaan (Desensitization)

Setelah aktiviti pornografi menjadi kebiasaan. Penglibatan individu di dalam dunia virus pornografi tiada menimbulkan perasaan serba salah. Maka ia menganggap aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti yang normal. Sensitivitinya mula hilang

Penagih pornografi mula merasa bosan dengan apa yang selalu di terokai. Sehinggakan apa yang diterokai selama ini tidak lagi memberikan kepuasan pada dirinya.

male-rape-clinic

Kesan daripada virus pornografi ini berlarutan sehingga kepada pasangan hidupnya.

Stiuasi ini berkesan kepada pasangan yang telah berkahwin. Apabila seseorang individu telah terjebak dengan virus pornografi, maka dia telah terdedah dengan pelbagai aktiviti seks ganas yang menyakitkan demi mencapai nikmat seksnya.

Kerana pengaruh unsur pornografi tersebut, maka perilaku yang ditontonnya itu dipraktikkan kepada pasangan hidupnya.

Dek kerana si penagih mengharapkan sesuatu yang lebih di luar kemampuan pasangannya seperti apa yang dilihat dalam video pornografi.  

Akhirnya, pasangan penagih pornografi tadi akan mengalami penderaan seksual kerana tidak dapat menuruti kehendak pasangan dan sampai suatu tahap penceraian adalah jalan penyelesaian

Inilah kesannya setelah penagih pornografi mengalami ketagihan yang terlampau dan membawa dirinya hilang sensitiviti kepada orang sekeliling.

Tahap 4 – Perlakuan Seksual (Acting Out)

Tindakan seterusnya, setelah seseorang penagih melalui proses ketagihan ini, si penagih akan membenarkan dengan apa yang dilihat dan diyakini dengan unsur pornografi.  

Perlakuan seks ganas, rogol, penderaan kanak-kanak, seks luar tabii, aktiviti pedofilia mula dilakukan oleh si penagih demi mencapai tahap kemuncak seksualnya. Maka di sinilah tahap di mana potensi jenayah seksual boleh tercetus.

Setelah pasangan hidup tidak dapat menuruti kehendak diri individu yang mengalami kecanduan pornografi ini, maka si penagih akan mencari mangsa dengan menggunakan pelbagai jalan dan cara demi memuaskan nafsunya.

Pada tahap keempat ini, penagih pornografi tidak akan berfikir panjang tanpa mengambil tahu akibat dan kesan buruk yang bakal menimpa pada dirinya dan orang sekeliling.

Penutup

Tahap ketagihan pornografi ini tidak dapat di kesan satu persatu. Virus ini mengancam kita secara tidak sedar. Asakan ini akan terus menerus menyerang pemikiran dan diri kita.

Seandainya kita tidak mampu menangkis segala asakan ini maka kita akan terjebak ke dalam dunia jenayah seksual.

Peranan kita sebagai diri sendiri ialah, mendidik diri dan sedar akan kehadiran unsur-unsur pornografi, agar diri tidak mudah ditipu dengan kenikmatan yang sementara dan boleh menjahanamkan mental dan fizikal diri.

Ayuh bersama Goodbye Pornography dan Mothers Against Pornography bagi mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran akan keburukan virus pornografi ini.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

AKTIVIS MOTHERS AGAINST PORNOGRAPHY

SPEAKER GOODBYE PORNOGRAPHY

 

 

.

.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Cikgu Fadhli merupakan seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor. Selain menjalankan tugas sebagai seorang guru, cikgu Fadhli juga merupakan seorang pendakwah bebas serta persona Best Belajar. Pada tahun 2016, cikgu Fadhli telah melebarkan sayapnya ke bidang penulisan dengan terbitnya buku ‘Sisi Terlindung’ yang menghimpunkan hasil idea barisan pena syariah berkaitan pandangan mereka tentang isu-isu agama, ilmiah, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply