4 Tips ‘Financial Survival’ Yang Santai Dan Praktikal – Muhandisah

0
668
views

investingsavingfeat

Seorang pakar pengurusan kewangan yang terkenal; Robert T. Kiyosaki berkata dalam buku terkenalnya “Rich Dad Poor Dad; What The Rich Teach Their Kids About Money That The Poor and Middle Class Do Not“:

‘’Stop blaming me and thinking I’m the problem. If you think I’m the problem, then you have to change me. If you realize that you’re the problem, then you can change yourself, learn something and grow wiser. Most people want everyone else in the world to change but themselves. Let me tell you, it’s easier to change yourself than everyone else.’’

Dalam era ekonomi yang semakin mencengkam, adalah tindakan yang kurang bijak sekiranya kita hanya ‘melontarkan’ rasa ketidakpuasan hati kita di laman sosial dan menunggu sebarang perubahan akan berlaku. Mahu tidak mahu, kita perlu melakukan sesuatu supaya, biar keadaan berubah bagaimana sekalipun, kita boleh ‘survive’ dalam keadaan apa sahaja kerana kita lebih senang untuk kita mengawal diri kita sendiri daripada kita mahu mengawal keadaan sekeliling kita.

Oleh itu, kali ini saya ingin cuba untuk berkongsi tips ‘survival kit’ kepada sesiapa yang merasakan ia bermanfaat. Sebelum itu ingin saya tekankan bahawa maksud tips adalah cadangan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh seseorang dan ia berhasil bagi si pelaku tersebut. Justeru, si pelaku ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang barangkali dalam situasi yang sama. Cuma boleh jadi, tips tersebut tidak berhasil untuk sebahagian yang lain. Jadi, ambillah yang mana bermanfaat, dan cuba ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

  1. Rancang Perjalanan Anda Dengan Baik
  • Google Maps: Dengan perkembangan teknologi yang semakin memudahkan, kita boleh menjadi a ‘wise’ traveller dengan check dahulu route atau jalan yang kita nak tuju di google maps atau applikasi navigator yang lain. Bahasa mudah, supaya kita tidak ambil jalan yang perlu pergi patah balik dua kali.
  • Carpool : jika kita dan kawan-kawan mahu pergi ke destinasi yang sama, lebih eloklah jika kata orang ‘kita tong-tong duit minyak’. Selain itu, dapat  buat catch-up session dalam kereta juga.
  • Online : Selagi mana kita mampu sebarang transkasi yang membolehkan kita membuat secara atas talian, lakukan, contohnya, bayar bil, nak beli barang (shopping sekali sekala bolehlah)
  • Bonus card : Kebanyakan stesen minyak mempunyai kad yang kita guna untuk ‘collect points’ setiap kali mengisi minyak. Setiap kali kena isi minyak tu, kumpullah points yang sebanyak mungkin kerana anda boleh ‘redeem’ minyak dengan mata yang terkumpul.
  • Priority: Kalau ada majlis-majlis yang tidak kritikal untuk dihadiri atau tidak wajib dihadiri, eloklah untuk tidak pergi.

      2Gunakan alternative lain selagi mana applicable.

Rebus/steam/bakar :selagi mana ada masakan yang boleh dilakukan dengan pelbagai cara (contohnya; nasi ayam, ayam tu boleh di goreng, boleh juga dibakar), jadi pilihlah untuk yang kurang menggunakan minyak. Mungkin rasa akan tidak sama, tapi inilah yang dipanggil ‘survival kit’! Cuma janganlah makanan yang memang nature-nya digoreng, ditukar menjadi rebusan. Selain daripada dapat mengurangkan penggunaan minyak masak, dari segi kesihatan juga kita dapat juga mengurangkan kolestrol.

     3. Plan pengurusan kewangan/gaji anda.

Di bawah adalah contoh plan pengurusan kewangan berdasarkan gaji bersih (selepas tolak epf, socso). Ingin dingatkan, setiap nilaian dan jumlah adalah subjektif, tujuan utama perkongsian plan perbelanjaan adalah untuk memberi gambaran bagaimana untuk bermula mengurus kewangan kita.

 screenshot-2016-11-05-10-06-15

 

Sedekah: Ini adalah tanggungjawab atau hak yang paling penting dan utama yang perlu kita agihkan dalam rezki kita.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267:

‘’Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi MahaTerpuji.’’

Jangan pernah takut miskin (tidak cukup) apabila kita ingin memberi kerana Rasulullah SAW bersabda:

’’Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah’’ – Hadis Riwayat Muslim

Simpanan: Simpanan ni penting sebagai backup masa hadapan. Cara nak menyimpan ada pelbagai sekarang; unit trust, tabung haji, emas, etc. Buat research tentang cara penyimpanan yang kita selesa, kemudian doa dan khalas!

Perbelanjaan Harian: Pengagihan untuk belanja setiap perkara dalam bahagian ini memerlukan mujahadah dan azam yang tinggi. Ye lah sebab di sini ada bahagian makan dan lain-lain ‘dll’. ‘Dll’ di sini selalu diperuntukkan untuk rewards diri sendiri. Jadi jumlah duit untuk ‘dll’ ni boleh jadi lebih atau boleh jadi kurang.

Kalau kita boleh kawal duit makan dengan banyak berpuasa ke atau makan sekali sehari je, kita akan dapat lebih untuk ‘dll’. Tapi latih diri untuk tidak memanjakan diri dengan kalau takcukup duit untuk rewards diri sendiri, kita akan ambil sikiiiit portion dari simpanan. Jangan begitu! Kena disiplin!

Apabila kita memperuntukkan peratusan kepada setiap keperluan diri kita dan orang lain, insyaAllah kita boleh mengawal dan mengutamakan mana yang perlu dan mana yang tidak. Setiap ‘dan lain-lain’ adalah bergantung kepada keperluan waktu itu, contohnya; ‘dll’ untuk simpanan bagi orang bujang, mungkin adalah mengumpul duit untuk kahwin. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin untuk pendidikan anak-anak. Orang yang berbisnes, untuk modal bisnes akan datang, dan sebagainya.

       4. Minta kepada Allah supaya dicukupkan.

Akhir sekali, mintalah  kepada Allah untuk diberkati rezeki yang dikurniakanNya dan dicukupkan segala keperluan. Kadangkala, kita sebagai seorang yang membaca al-quran, tahu akan hakikat sumber rezeki itu dariAllah dan bukan dari manusia, bertindak seolah-olah kita tidak pernah tahu akan hakikat itu dan masih merasakan semuanya atas usaha sendiri.

Bukankah Allah sudah katakan dalam surah at-Thalaq ayat ke – 3, yang membawa erti ” Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupi keperluannya “. Jadi, mintalah pada Allah. Mintalah rezeki yang diberkati, kerana apabila rezeki itu diberkati, sedikit itu sudah mencukupi.

Begitulah beberapa tips financial survival yang dapat dikongsikan. Semoga apa yang dikongsikan menjadi manfaat bagi yang mahu mengambil manfaat. Apa-apa pun kita mencuba, kalau tak cuba belum tahu hasilnya. Selamat mencuba!

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply