5 Cara Untuk Istiqamah Dalam Kebaikan

0
12
views
cara untuk istiqamah
kredit

Memulakan satu ibadah itu boleh dikatakan mudah. Kita pasang niat awal-awal dan dengan semangat yang kuat kita terus sahaja memulakan satu amal kebaikkan itu.

Tetapi yang rumitnya adalah bila mana kita mahu berterusan dalam buat kebaikkan tersebut dalam erti kata lain kita amal kita ini istiqamah. Rasulullah bilamana mendengan ayat “Fastaqim” baginda merasa sangat berat kerana beliau cukup arif bahawa nak istiqamah dalam ibadah bukan perkara yang sangat mudah.

Kita mudah terdedah dengan pelbagai cubaan dan godaan sehingga semangat untuk kita istiqamah semakin lama semakin luntur. Bagaimana cara untuk istiqamah itu yang kami akan cuba kongsikan dalam artikel ini.

Cara Untuk Istiqamah Dalam Amal Kebaikkan

#1 Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

Nah boleh dikatakan pasti mereka yang biasa mendengar hadis tentang niat sudah bosan dengan tips yang pertama ini. Tapi sebenarnya ini merupakan fondasi yang sangat penting. Ok kita bawa contoh untuk mudah faham.

Kita rajin bersihkan laman rumah sebab nak tunjuk dekat mak kita yang kita ini anak yang rajin. Kalau satu hari nanti bila mak kita sudah tiada adakah kita masih ada sebab nak kemas rumah?

Kita bangun malam sebab ayah kita suruh. Jika nanti ayah kita sudah tiada kita bangun lagi tak agaknya?

Asbab selain daripada Allah adalah merupakan benda yang tidak kekal. Kita rajin buat amal ibadah sebab kita nak Allah sahaja yang tengok bukan sebab benda lain.

“Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan“. (QS. Hud : 112)

#2 Doa Kepada Allah Agar Diberikan Kekuatan

Kita manusia memang sudah makruf dengan kelemahan diri kita yang pelbagai. Antara cara untuk istiqamah adalah kita berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk membuat kebaikkan dan dijauhkan daripada segala godaan dan bisikan yang menjatuhkan kita.

Antara doa yang kita boleh amalkan adalah

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” [HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu” [HR. Muslim (no. 2654)]

#3 Cari Kawan Yang Suka Buat Kebaikkan

Dahlah kita ini lemah lepas itu pelupa pula tu. Jadi carilah kawan yang mampu menasihati dan mengingatkan kita tentang amal kebaikkan. Buat amal kebaikkan secara beramai-ramai lebih mudah dan semangat berbanding daripada buat berseorang.

Cakap dengan kawan anda ” Cara untuk istiqomah dalam kebaikkan aku perlukan kawan, engkau ingatkanlah aku ya kalau aku ni pemalas ko hempuk je kapala ni” 😉

“ Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Tentang si penjual minyak wangi, kalau engkau tidak membeli minyak wanginya maka engkau akan medapatkan bau wanginya. Adapun tentang si tukang pandau besi, kalau engkau atau bajumu tidak terbakar maka engaku akan mendapatkan bau yang tidak enak.” (HR. Bukhori, no 1959).

#4 Baca Sirah Nabi Dan Para Sahabat

Bilamana kita teliti sirah para nabi dan para sahabat kita akan nampak bertapa bersungguhnya mereka untuk kekal istiqamah dalam kebaikkan. 

Nabi Nuh berdakwah ratusan tahun.

Rasulullah solat sehingga pecah dan bengkak tapak kakinya.

Takkanlah kita baru buat amal kebaikkan sehari dua dah putus asa dan malas kot. Baca kisah mereka dan ambillah semangat perjuangan dalam diri dan hati mereka!

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al-Ahzaab: 21)

#5 Mulakan Secara Bertahap

Antara cara untuk istiqamah adalah dengan start slowly. Mulakan amalan kita dengan berperingkat dari sikit hingga banyak, dari bawah hingga atas secara perlahan-lahan.

Cuba kekalkan dahulu hari ini nak tilawah 2 muka sehari selama 2 minggu. Dah mampu maintain baru go further naikkan 4 muka pula dan seterusnya.

Cara ini untuk mengelakkan daripada kita rasa berat bila nak mula amalan yang sama pada keesokkan harinya.

Mungkin ini sahaja sedikit perkongsian bagaimana cara untuk istiqamah daripada kami. Jika anda ada tambahan silakan komen pada ruangan dibawah untuk kita sama-sama ambil manfaat.

Infographic 5 Cara Untuk Istiqamah

cara untuk istiqamah

Artikel Yang Berkaitan

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply