5 Petua Keramat Presiden PKS Indonesia Kepada Mahasiswa – Nik Fatma Amirah

0
110
views

Disampaikan oleh Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Mohamad Sohibul Iman, di Seminar Nasional dan Dialog Kebangsaan di Indonesia.

**

5 persiapan mahasiswa menjadi pemimpin yang hebat:

1- Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence)

Mahasiswa haruslah cemerlang dalam akademik dan memperoleh PNGK yang tinggi. Kecemerlangan akademik adalah penting kerana ia menjadi kayu ukur kepada kebijaksanaan dan kehebatan mereka.

2- Keupayaan untuk diskusi secara ilmiah dan matang (Scientific Discourse Capability)

Business-idea-quote-HD

Mahasiswa adalah kelompok manusia yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Ilmu yang telah dipelajari atau diperolehi haruslah disampaikan melalui diskusi-diskusi yang ilmiah dan matang.

Mahasiswa haruslah bijak dalam mencari ruang dan peluang untuk menyampaikan ilmu yang mereka miliki. Jangan sesekali takut, sebaliknya harus berani berbicara dan mencuba.

3- Jaringan yang luas (Networking)

Mahasiswa perlu terjun bersama masyarakat dan membina jaringan perhubungan dengan pelbagai jenis masyarakat. Ini adalah masanya yang sesuai untuk kita membina jaringan dan manfaat daripada jaringan ini adalah, kita akan dapati kesenangan di kemudian hari, kerana kita telah mengenal antara satu sama lain.

networking-

Jaringan bersama pelbagai golongan yang berpengaruh atau individu strategik amat penting, untuk membolehkan mahasiswa itu terdedah kepada gerak kerja dan kepimpinan serta menjadikan ia saluran bantuan jika mereka menghadapi kesusahan pada masa hadapan.

4- Sosial dan Politik (Socio political Engagement)

Mahasiswa yang matang adalah yang tidak kekok bergaul dengan masyarakat. Mahasiswa tidak seharusnya berada di dalam universiti semata-mata dan bergaul sesama mereka sahaja, sebaliknya mereka perlu terjun ke dalam kehidupan sosial dan politik masyarakat untuk melihat dengan mata kasar situasi sebenar yang berlaku.

Keadaan politik dan ekonomi pada hari ini memberi cabaran kepada diri mahasiswa untuk bijak mengatur strategi, berhati-hati dalam setiap tindakan dan sebagainya.

5- Aktiviti Keagamaan dan Pengislahan Diri (Spiritual and religious activity)

ramadan-at-east-london-mosque-752x501

Aktiviti pengislahan diri atau dakwah dan tarbiyah merupakan satu ‘oksigen’ bagi kehidupan mahasiswa. Tanpa tarbiyah atau pengislahan diri, mahasiswa tidak mampu untuk melonjak ke tahap yang tinggi.

Aktiviti keagamaan, pengisian rohani dan sebagainya sangat diperlukan sebagai persediaan bagi menggarap individu yang lebih hebat.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Umar Al-Khattab disaat tiba sentuhan tarbiyah dan dakwah Rasulullah kepadanya, dia mampu melonjak menjadi muslim yang sejati, dan menggunakan seluruh kepakaran dan kemahiran untuk memenangkan islam.

Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
Tokoh Aktivis IKRAM Siswa 2016

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply