5 Tips Menghafal Al Quran Bagi Mereka Yang Terlalu Sibuk

0
873
views

 

tips menghafal al quran

Tips menghafal al quran yang pertama ini sangat penting, jika permulaan kefahaman kita awal lagi sudah salah maka matlamatnya pun akan salah.

Cara Menghafal Alquran Dengan Cepat Dan Tidak Mudah Lupa

#Tip 1 : Betulkan Kefahaman, Menghafal Al-Quran Bukannya Perlumbaan, Tetapi Usaha Sepanjang Hayat!

Ramai yang tersalah faham bahawa bagi yang habis menghafal 30 juzuk Al-Quran, tugas mereka telah selesai. Seolahnya telah confirm masuk syurga dengan hafazan tersebut!

Hakikatnya, menghafal mungkin mudah bagi sesetengah orang, tetapi mengekalkan hafazan tersebut dengan baik memerlukan usaha yang berpanjangan. Sehingga ke akhir hayat.

Ini kerana sekiranya kita lalai untuk mengulang dan menjaga hafazan tersebut, tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit hafazan itu akan hilang.

Oleh itu, sebelum mulakan pengembaraan ini, betulkan niat. Menghafal bukan semata-mata untuk menghabiskan 30 juzuk tersebut, tetapi untuk memelihara ayat-ayat Allah sehingga ke hujung nafas yang terakhir!

#Tip 2 : Mulakan Dengan Sedikit Dan Fokus Pada Matlamat Mingguan.

Ramai dalam kalangan kita yang mungkin kerana tidak sabar, mahu menghabiskan hafazan secepat mungkin. Lalu diletakkan target yang terlalu besar dan sukar dicapai dalam masa yang singkat.

Sebagai contoh, “Aku nak hafal surah al-Kahfi dalam seminggu.” Niat yang baik tetapi strategi yang salah.

Bagi mereka yang baru hendak mula, perkara pertama yang perlu diutamakan adalah membentuk disiplin dalam menghafal.

Jadi mulakan dengan surah-surah pendek. Di permulaan ini, targetnya adalah supaya dapat memperuntukan sedikit masa untuk menghafal. Sekiranya berterusan, selepas itu menghafal akan jadi lebih mudah.

Pilih surah atau ayat yang lebih pendek dan yang biasa didengari untuk permulaan. Kita ambil contoh surah Al-Mulk yang mengandungi 29 ayat, lebih kurang 2 setengah muka surat. Kemudian cuba praktikkan langkah ini :

  1. Letakkan target keci untuk setiap minggu. Contohnya 5 ayat seminggu. Jangan gopoh! Ingat di permulaan proses menghafal, apa yang hendak dibina adalah disiplin.
  2. Setelah beberapa minggu, anda sudah terasa mudah untuk menghafal 5 ayat dalam seminggu, tambahkan lagi bilangan ayat dalam seminggu, 7-10 ayat.
  3. Jangan lupa untuk mengulang kembali ayat-ayat yang telah dihafal. Bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Ketika memandu, sebelum tidur dan dalam solat! Ini sangat penting untuk mengelakkan dari hafazan itu hilang.
  4. Raikan diri sendiri apabila anda mencapai target mingguan. Ini sebagai motivasi untuk terus cemerlang,
  5. Sekiranya anda memang orang yang terlalu sibuk, anda tidak semestinya perlu meluangkan masa setiap hari untuk menghafal. Cukup selang sehari dalam 30 minit setiap hari. Yang penting cuba disiplinkan diri untuk meluangkan masa 30 minit setiap selang sehari untuk menghafal.

Setiap orang berbeza kemampuan menghafal. Oleh itu kenali kekuatan anda sendiri, kemudian letakkan target mengikut kemampuan anda. Jangan terlalu memaksa.

Usahakan untuk mencapai target mingguan dan anda akan lebih bermotivasi untuk terus menghafal.

cara menghafal quran dgn mudah
kredit

#Tip 3 : Kenal Pasti Cara Menghafal Quran Yang Baik Dan Sesuai Untuk Anda

Zaman terus berjalan dan berubah. Kalau dulu pada zaman Nabi Muhammad, Al-Quran ditulis di atas pelepah-pelepah tamar. Dan cara para sahabat menghafaz adalah dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran.

Walaupun ayat Quran terpisah-pisah, mereka sangat mudah menghafaz kerana tutur kata seharian juga menggunakan Bahasa Arab Fushah (formal) sepertimana ayat-ayat Quran.

Kemudian, pada zamanKhalifah Uthman, Al-Quran dikumpulkan dan di’standard’kan untuk semua umat Islam seluruh dunia menjadi Rasm Uthmani. Al-Quran menjadi lebih mudah dibacakan dan dihafal kerana telah terhimpun dalam satu mushaf.

Kini teknologi telah memudahkan segalanya. Terlalu banyak MP3 bacaan Al-Quran oleh qari-qari terkenal seluruh dunia. Dengan lagu-lagu yang menarik, memudahkan lagi untuk kita menghafal dan mengingati melodi bacaan Quran tersebut.

Jadi kenapa kita boleh memilih untuk mengulang dengar lagu-lagu yang tiada manfaatnya sampai secara tidak sengaja terhafal liriknya, tetapi culas dan tidak pernah berusaha untuk mendengar alunan ayat suci yang sudah tentu berpahala mendengarnya.

Dengan semua kemudahan yang ada hari ini, gunakalah sebaiknya. Gunakan semua pancaindera yang Allah kurniakan untuk menghafaz. Mata melihat mushaf, mulut mengulang hafazan dan telinga mendengarkan alunan kalam Allah tersebut.

# Tip4 : Jangan Terlalu Stress Kalau Tersalah Ketika Mengulang

Setiap Hafiz ataupun Hafizah, sekuat mana pun hafazan mereka, pasti akan melakukan kesilapan juga ketika mengulang hafazan. Itu perkara normal. Jangan terlalu menyalahkan diri.

Apa yang perlu dibuat adalah memperbanyakkan lagi mengulang hafazan. Semasa menunggu bas, dalam kereta, memasak dan macam-macam lagi aktiviti harian yang boleh disekalikan dengan mengulang hafazan.

Sentiasa ingat, Allah melihat usaha kita, bukan semata-mata hasilnya.

#Tip5 : Mengulang Adalah Kunci

Perkara yang lebih sukar dari menghafal adalah mengulang hafazan. Kebanyakan orang yang mula menghafaz akan berhenti di pertengahan jalan apabila dia tidak disiplin mengulang hafazan.

Ini kerana dia merasakan, apa yang telah dihafaz sebelum ini seperti hilang begitu sahaja. Akhirnya menghilangkan motivasi mereka untuk terus menghafal.

Sebab itu diawal tadi kita bincangkan, menghafal Quran ini bukannya perlumbaan siapa yang habis dulu. Tapi sejauh mana kita boleh memelihara ayat hafazan tersebut sehingga kita mati. Biar perlahan, yang penting istiqamah.

Kesimpulan 

Anda boleh menghafal Al-Quran, walau sesibuk mana sekalipun anda. Cuba lah cari ruang dalam aktiviti seharian anda, untuk menghafal.

Tidak perlu banyak, hanya 30 minit satu sesi dan seminggu 3 sesi sudah memadai.

Amatlah malang sekiranya kita tidak pernah berazam langsung untuk menghafal Quran sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (54:17)

Ini janji Allah, kita pula bagaimana?

Video cadangan daripada kami untuk mereka yang baru nak bermula menghafal Al Quran.

 

Artikel Berkaitan Tips Menghafal Al Quran :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply