7 Ciri-Ciri Wanita Yang Dirindukan Syurga

0
3317
views

Memang ada hadis yang menyebutkan bahawa kebanyakan penduduk neraka adalah kaum wanita.

Tetapi,banyak juga hadis-hadis yang mengisyaratkan adanya wanita-wanita yang dirindukan surga.

Siapakah mereka? Berikut ini tujuh ciri-ciri wanita yang dirindukan syurga:

Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.”

(HR. Ahmad; shahih)

نساؤكم من أهل الجنة الودود الولود العؤود على زوجها التي إذا غضب جاءت حتى تضع يدها في يد زوجها ، و تقول : لا أذوق غمضا حتى ترضى

“Isteri-isteri kalian yang termasuk ahli syurga adalah: yang penuh kasih sayang, yang melahirkan keturunan, yang kembali (bersandar) kepada suami; jika suaminya marah, ia datang kepadanya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya sembari mengatakan, ‘Aku tidak akan tidur sampai engkau meridhaiku.’”

(HR. An Nasa’i dan Thabrani)

Inilah 7 diantara ciri-ciri wanita yang dirindukan syurga:

Menjaga solat lima waktu

Solat merupakan rukun Islam kedua. Solat juga merupakan pembeda antara orang mukmin dengan orang kafir.

Setelah seseorang bersyahadat dan beriman, maka bukti keimanannya yang pertama adalah menunaikah solat.

Solat juga merupakan amal pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jika solat seseorang baik, insya Allah amal yang lain baik.

Jika solat seseorang buruk, maka tak berguna amal lainnya.

Berpuasa di bulan Ramadhan

Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ketiga. Ia wajib ditunaikan oleh setiap muslimah yang telah baligh.

Jika di bulan Ramadhan seorang muslimah berhalangan puasa karena haid, ia wajib menggantinya di bulan lainnya.

Menjauhi zina

Zina merupakan dosa besar yang sangat keji. Kerananya jika larangan lain tidak diperbolehkan, larangan zina bukan hanya sekedar melarang zina tetapi juga melarang mendekati zina.

Misalnya ber’couple‘, ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas), atau menggoda lawan jenis yang bukan suaminya.

Taat kepada suami

Dalam Islam, suami adalah pemimpin atas isterinya. Ia wajib ditaati sepanjang tidak dalam rangka bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Penuh kasih sayang

Wanita secara fitrah memiliki kasih sayang yang melimpah untuk suami dan anak-anaknya. Dengan kasih sayangnya, ia menguatkan suami untuk berbakti kepada Ilahi Rabbi.

Dengan kasih sayangnya, ia membesarkan anak-anak yang akan menjadi generasi masa depan penerus risalah agama ini.

Melahirkan keturunan

Rasulullah membanggakan umatnya yang berjumlah banyak atas umat Nabi-Nabi sebelumnya.

Kerana isteri yang melahirkan keturunan kemudian mendidiknya menjadi generasi yang soleh mendapatkan kedudukan istimewa.

Mereka adalah pelanjut generasi Islam sekaligus pendidiknya.

Selalu berusaha mencari keredhaan suami

Isteri-isteri yang selalu berusaha mencari keredhaan suami adalah isteri-isteri yang dirindukan surga.

Mereka tak ingin membuat suaminya marah. Digambarkan dalam hadis ini, jika suaminya marah, ia merajuk dan merayu suaminya agar kemarahannya reda.

 

Diolah dari : keluargacinta.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply