7 Perkara Yang Catur Ajar Kita Tentang Kehidupan – Yazid Zul

0
920
views

Zaman kecik dulu, saya suka main catur. Bila dah dewasa, saya dapati hidup ni banyak persamaan dengan permainan catur:

1. Objektif mesti jelas.

Untuk berjaya, kita kena faham objektif dan matlamat kita. Kena sacrifice apa yang perlu. Tapi itu hanya akan berlaku bila kita jelas dengan objektif kita.

2. Jangan give up.

Pemain catur faham bahawa sekalipun keadaan nampak teruk, dengan strategi yang betul, kita masih boleh menang. Yang penting jangan give up.

3. Sedia berundur.

Untuk menang permainan, kita kena sanggup berundur. Hidup pun begitu. Ada waktu kita kena reflek dan muhasabah balik strategi kita.

4. Bangun semula

Sebelum jadi pemain yang hebat, kita akan kalah beratus-ratus kali terlebih dahulu. Hidup pun begitu. Kena sanggup bangun semula lepas jatuh dan kalah.

5. Jangan sibuk cerita strategi.

Kalau sibuk cerita strategi kat orang, confirm kalah. Hidup pun begitu. Tak perlu cerita semua perancangan dan impian kat orang. Orang pesimis dan dengki ramai.

6. Hargai queen anda.

Queen boleh buat apa-apa yang dia nak. Tapi selaku king, anda perlu bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh hati-hati.

Raikan permaisuri hati anda.

7. Semua masuk kotak akhirnya.

Pengajaran paling mahal ialah kita semua akhirnya akan kembali ke tempat yang sama juga. Tak kira raja atau askar biasa, bila permainan berakhir, masuk kotak yang sama juga.

Wassalam

Perkongsian peribadi ini diambil dari posting laman sosial Facebook Yazid Zul

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply