Halaqah Muntijah, 7 Pesanan Buat Mutarabbi

1
181
views
Halaqah Muntijah 7 Pesanan Buat Mutarabbi
kredit

Melihat fitnah akhir zaman, menjaga iman senipis kulit bawang tika ini seperti mengenggam bara api. Sakit, panas, susah dan ingin cepat-cepat dilepaskan. Sangat susah!

Kerana fitnah akhir zaman yang semakin mencabar, maka seharusnya kita lebih serius dan komited dalam mentarbiah diri sendiri.
Lalu hadirlah pelbagai wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Baik melalui tarbiah usrah/halaqah, ceramah-ceramah di Youtube, telegram dakwah, street dakwah dan lain-lain.

Tarbiah ni seharusnya melahirkan individu yang sentiasa meningkat. Tidak statik pada satu tempat yang sama sahaja. Meningkat amalan seiring meningkat kefahaman islam. Dan matlamat tarbiah hanya tercapai apabila kita berjaya mempraktikkan dan melazimi sesuatu amal, dan lakukannya semata-mata kerana Allah SWT.

Idealnya, halaqah bermanfaat untuk mengembangkan potensi diri (self development) ahlinya. Halaqah dilakukan secara rutin di bawah lembayung ukhwah islamiah.

Hasilnya, kita bukan sahaja mempelajari ilmu agama, tetapi juga diajar untuk saling bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin, saling bertukar idea, belajar membuat keputusan, dan mengasah skill berkomunikasi. Sehingga akhirnya, melalui usrah yang efektif, akan lahir kader-kader Islam yang bersemangat untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Namun, umat Islam akan kerugian besar jika system halaqah ini musnah, mandul dan tidak berkembang.

Dan seringkali kita menyandarkan kejayaan atau kegagalan sesuatu halaqah/usrah adalah bergantung kepada murabbi 100%.

Tanpa kita sedari bahawa sebenarnya di dalam 24 jam sehari, seorang mutarabbi banyak menghabiskan masa bersama diri mereka sendiri.

Maka, saya menuliskan pesanan ini khusus kepada mutarabbi, yang ikhlas ingin membina dirinya menjadi ‘a better person’:

1. Sedar bahawa tugas mutarabbi bukan milik murabbi sahaja

Jika kita sedari bahawa usaha mentarbiah bukan di bahu murabbi sahaja, maka di sinilah perlunya kita kepada tarbiah dzatiah. Tarbiah dzatiah adalah kunci nya!

Bilamana kita mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT secara bersendirian ataupun apabila bersama-sama ikhawah akhwat lain. Serta kita melazimi sesuatu amal bagi meningkatkan ilmu, amal dan takwa kepada Allah S.W.T tanpa pengetahuan orang lain untuk mencari redha Allah S.W.T. Dan bukan kerana diwajibkan oleh murabbi kita, maka inilah tarbiah dzatiah yang saya maksudkan.

Jika bukan diri kita yang perlu mentarbiah diri sendiri, maka siapa lagi?

Seperti seorang ibu yang memasak makanan, maka anaknya yang perlu menyuap sendiri ke dalam mulutnya. Seperti seorang guru yang mengajar di dalam kelas, maka pelajar yang perlu berusaha mengulangkaji pelajaran.

Dan seperti itu juga seorang murabbi yang memberi didikan, maka mutarabbi yang perlu komited menjaga dirinya, memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan amalan.

Mana mungkin menyalahkan si ibu yang telah lelah memasak jika si anak yang tidak mahu makan?

Mana adil menyalahkan murabbi yang berusaha, jika mutarabbi tidak pernah cakna akan tarbiah dirinya sendiri.

baca buku sebelum hadir usrah
kredit

2. Baca dahulu bahan yang akan dibentangkan

Jika persediaan halaqah telah dirancang awal, sang murabbi boleh memberitahu tajuk/perancangan itu kepada mutarabbi. Supaya mereka boleh sama-sama mencari serba sedikit info mengenainya, atau bersiap sedia membaca buku yang akan dibentangkan. Oleh itu, perbincangan akan menjadi lebih kencang dengan percambahan idea bersama mutarabbi.

3. Stay fresh!

Bukan sahaja murabbi yang perlu menunjukkan wajah ceria, tetapi mutarabbi juga perlu begitu!

Keceriaan itu akan berjangkit. Jaga kecergasan badan : No problem to take a nap for a while! Tidak salah jika anda ingin tidur sebentar sebelum halaqah bermula, bagi merehatkan diri agar lebih bertenaga ketika halaqah berlangsung. Tetapi, jangan pula tidur nyenyak sehingga terlepas waktu halaqah! Errr..

ukhuwah sesama ahli usrah
kredit

4. Rajin berukhwah sesama ahli halaqah

Seringkali kita melihat keciciran seseorang daripada usrah kerana masalah ukhwah. Ada-ada saja masalah dengan usrahmate. Kecil hati, mengata dan akhirnya masing-masing menjeruk rasa sehingga menyebabkan tidak selesa untuk hadir ke usrah.

Atasi masalah ini!

Seringkali murabbi pening kepala kerana ingin menyelesaikan masalah ukhwah di dalam usrah. Cuba untuk berdamai. Jika tidak, anda akan kehilangan peluang berharga untuk memperbaiki diri hanya kerana memikirkan masalah ‘kecil hati’.

5. Bantulah murabbi anda! Dia bukannya super hero!

Acap kali seorang mutarabbi melihat murabbinya sebagai super hero! Apa-apa sahaja masalah yang timbul, perlu diselesaikan segera oleh sang murabbi. By hook or by crook!

Fikiran murabbi acap kali pening memikirkan mutarabbinya yang masih pemarah, malas membuat tugasan, suka bertangguh, tidak perform di dalam pelajaran/ kerjaya.

Malangnya, jika masalah itu tidak selesai dan berlanjutan, murabbi juga akhirnya yang akan dituding jari. Sedangkan, hakikatnya murabbi anda juga manusia biasa. Beliau tidak mempunyai kuasa super hero yang boleh membaca fikiran anda setiap masa. Berikan kerjasama untuk bersama-sama menghidupkan suasana tarbawi di dalam usrah masing-masing.

Anda boleh membantu murabbi dalam pengurusan halaqah, seperti:

i) Berikan kerjasama dalam membina ukhwah sesama usrahmate dan murabbi (vertically & horizontally)

ii) Berikan kerjasama ketika membuat tugasan. Lakukan apa-apa tugasan yang diminta oleh murabbi.

Murabbi anda dapat melihat kekurangan dan kelebihan anda yang boleh digilap. Dan boleh jadi tugasan-tugasan yang diberikan adalah latihan. Tetapi anda malas dan tidak memberikan kerjasama. Lalu bagaimana kehebatan anda akan diasah?

Contohnya, saya sering memberikan tugasan menjadi MC, muwajih atau membentang sesuatu bahan kepada mutarabbi saya yang pemalu.

Seorang murabbi saya sangat pemalu. Ketika beliau membentangkan sesuatu bahan, kami berenam ahli halaqah terpaksa menutup mata atau melihat ke tempat lain bagi memberi keselesaan kepadanya.

Alhamdulillah, hasilnya, dia akhirnya mampu memberikan ceramah di khalayak ramai, sedangkan pada awalnya, hanya kami sahaja yang tahu betapa pemalunya beliau!

iii) Memberi ruang kepada murabbi untuk menegur dan membentuk diri anda

Tarbiah sepatutnya melahirkan seseorang individu yang berubah menjadi baik. Apalah gunanya tarbiah bertahun-tahun jika tiada perubahan.

Alangkah sayangnya, jika ego anda yang menyebabkan anda tidak mahu berubah!

Berikan peluang dan ruang kepada murabbi anda untuk sama-sama memperbaiki akhlak anda. Seharusnya anda bersyukur kerana masih mempunyai seorang sahabat yang prihatin dan mahu menasihati anda ke arah kebaikan.

melembutkan hari dengan ibadah

6. Baiki ibadah & akhlak- pasti akan dilembutkan hati

Saya pasti setiap usrah memiliki mutabaah amal masing-masing. Cuba penuhi tanggungjawab itu dan jadikan amalan ibadah itu sebagai akhlak kita, dan bukan semata-mata untuk memenuhi checklist itu sahaja.

Ikhlaskan hati dalam beribadah. Pasti, lama-kelamaan Allah akan melembutkan hati anda untuk menjadi ‘a better person’. Soleh dan musleh.

7. Muhasabah selalu. Banyakkan memberi kepada orang lain dan kurang menuntut hak.

Tepuk dada dan tanyakan diri, sejauh mana anda betul-betul mengenali murabbi anda? Atau adakah anda hanya meminta dia mengenali anda sebaiknya, sedangkan tiada usaha daripada anda untuk mengenali murabbi anda.

Ingatlah bahawa murabbi juga seorang manusia.

Yang akan melakukan kesilapan dan tidak sempurna. Hormati beliau. Tetapi jangan sampai terlampau taksub kepada murabbi anda. Jika murabbi anda melakukan kesilapan, tiada salah untuk anda menegurnya. Dengan syarat anda menggunakan bahasa dan pendekatan yang sebaiknya.
Erti hidup adalah pada memberi.

Mari kita banyak memberikan hak dan kurang menuntut hak!
Pasti hidup ini akan lebih aman dan harmoni.

“When men are able to respect and accept their differences then the ‘ukhwah’ has a chance to blossom”

Mujahadah to be a better person,
Musyirah Zulkarnain

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply