8 Pesan Sheikh Jumuah Amin Tentang Tarbiyah Hati – Luthfi Yusri

0
1922
views

Sememangnya harini umat Islam mendepani pelbagai mehnah dalam menjalani segala tatacara kehidupan mereka.

Semua negara yang mempunyai masyarakat muslim mempunyai pelbagai cabaran yang berbeza beza dari segala aspek.

Sebahagian  pemikiran dan ideologi barat yang jelas melanggar syarak terus menerus tersebar di pelusuk dunia  bagi membumikan dan  meracuni pemikiran umat Islam yang sedia ada pada masa kini.

Dunia hari ini sangat menuntut kepada pengnatijahan yang berbentuk material semata mata. Meletakkan aspek rohani sebagai suatu aspek yang tidak penting dan perlu diabaikan.

Akhirnya menjadikan kita semua ini seolah olah seperti tin tin kosong yang tidak terisi. Kita leka bahawa pembentukan jiwa yang telus adalah kunci kekuatan kita.

Bak ungkapan Imam Ghazali “Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal “. Begitulah peranan hati.

Namun makallah pada kali ini sangat berminat untuk menyentuh sejauh mana kita meletakkan perasaan ubuddiyah dan Allah itu menjadi tujuan dalam setiap ucapan dan perbuatan kita.

Sesungguhnya segala tugas , risalah dan tujuan diciptakan manusia adalah untuk beribadah kepadanya semata mata.

Bukannya menjadikan dunia sebagai tempat berhibur semata mata atau mengumpul harta segala tetapi menjadi medan untuk kita menambahkan ketaatan kepada sang pencipta.

Ayat yang biasa dikupas oleh ustaz dan ustazah kita di televisyen atau radio iaitu mafhumnya

“tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

( Adz Dzariyah : 56 ).

Kita perlu memahami bahawa ibadah yang  dimaksudkan  adalah berkenaan praktikal amal yang  komprehensif dan menyeluruh.

Bukan semata mata Ibadah itu hanya terletak pada solat atau zikir  sahaja tetapi ia sebenarnya lebih luas lagi dari segi sosial , kebajikan , politik , ekonomi dan sebagainya.

Memperjuangkan  erti sebuah keadilan dan memperkukuh nilai nilai murni juga adalah sebuah ibadah.  Ianya bermula daripada sanubari seseorang.

Kerana itu islam sangat menekankan pembentukan rohani yang utuh dan pembinaan pondasi iman yang kukuh demi menghasilkan sebuah nilai akhlak dan amal yang jernih oleh seseorang.

Sheikh Jumuah Amin ada menukilkan di dalam bukunya Thawabit Wal Mutaghaiyyirat (Perkara Thawabit ke 10 : Allah menjadi tujuan dalam segala bentuk ucapan dan perbuatan kita).

Terdapat beberapa nasihat yang murni buat seorang muslim untuk sentiasa merasa ubuddiyah dan kecintaan kepada Allah semata mata.

Kerana kita membawa manusia ini adalah untuk mengenal tuhan sebagai penciptanya. Inilah asasnya.  Seorang muslim seharusnya memiliki perasaan ini :

1)            Rasa takut kepada Allah

2)            Cinta melaksanakan kewajipan tanpa memandang hasilnya

3)            Sangat menghargai waktu dan takut kehilangan waktu. Menggunakan waktu untuk menambah amal dan berkorban bukan untuk sibuk berbalah , berdebat dan berbantah bantah

4)            Semangat dalam melakukan tugas yang memulainya dan sentiasa bersegera dalam mencapai tujuannya

5)            Mewujudkan pada jiwanya agar sentiasa tenteram dan sentiasa berharap serta thiqah kepada Allah Taala

6)            Keberanian dalam jiwa untuk mempertahankan kebenaran dan melawan kebathilan

7)            Membekalkan diri dengan semangat ukhuwwah , kejujuran dan ikhlas.

8)           Berusaha keras untuk mencapai puncak keimanan dan puncak ukhuwwah dengan berbekal thiqah kepada sang ilahi

Percayalah bahawa hal hal diatas ini tidak akan terlaksana kecuali dengan mengikhlaskan semua amal dan menyerahkan diri secara total kepada Allah, tuhan semesta alam.

Penulis akhiri dengan beberapa pesan daripada Imam Ibn Qayyim;

“Barangsiapa yang mencermati syari’at, pada sumber-sumber maupun ajaran-ajarannya. Dia akan mengetahui betapa erat kaitan antara amalan anggota badan dengan amalan hati. Bahwa amalan anggota badan tak akan bermanfaat tanpanya.

Dan juga amalan hati itu lebih wajib daripada amalan anggota badan. Apa yang membedakan orang mukmin dengan orang munafik kalau bukan karena amalan yang tertanam di dalam hati masing-masing di antara mereka berdua?

Penghambaan/ibadah hati itu lebih agung daripada ibadah anggota badan, lebih banyak dan lebih fokusnya . Karena ibadah hati wajib di sepanjang waktu.

(lihat Ta’thir al-Anfas, hal. 14-15).

Ketahuilah dan fahamilah bahawa pembinaan manusia ini bermula daripada akarnya iaitu pembentukan jiwa yang syumul. Kerana kita meyakini bahawa benih yang baik akan melahirkan dahan / ranting hatta buah yang baik dan berkualiti.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply