8 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Bersedih

0
7098
views

Kesedihan merupakan salah satu daripada perasaan yang Allah kurniakan kepada makhluk paling istimewa di dunia ini; manusia.

Ianya fitrah.

Apabila berlaku sesuatu yang mendukacitakan kita, pasti kita akan merasa sedih. Ia tidak perlu diajar. Ia naluri seorang manusia normal.

Tetapi apabila kesedihan itu berlanjutan, sehingga akhirnya kita tersedar, kita sedih kerana perkara buruk yang terjadi itu, atau kita sedih kerana kita sedih?

Taktahu apa sebabnya bersedih.

Ia mudarat. Kepada orang yang sedang bersedih, mahupun mereka yang di sekelilingnya.

Di sini dikongsikan 8 sebab kenapa anda perlu berhenti daripada kesedihan yang berlarutan.

1. KESEDIHAN TIADA GUNANYA

Kata Ibn Al-Qayyim,

Al-Quran tidak menyebut tentang kesedihan kecuali untuk menegahnya

Jangan berasa hina dan jangan bersedih

(Ali Imran:39) 

atau menafikannya

…..Tidak ada kebimbangan kepada mereka dan tidak pula mereka bersedih.

(Al-Baqarah:38)

Mengapa Al-Quran berpendirian begitu?

Kerana tidak ada faedah menyimpan kesedihan di dalam hati nurani. Bahkan syaitan amat menyukai seorang hamba yang beriman berada dalam kesedihan dan cuba untuk menariknya keluar dari landasan yang benar.

Oleh sebab itu juga Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memohon perlindungan kepada Allah dari kesedihan.

2.KESEDIHAN MELEMAHKAN JIWA

Kata Ibn Al-Qayyim lagi:

“Kesedihan melemahkan hati nurani dan menghancurkan keazaman dan kehendak”.

3.KESEDIHAN BERSAMA SYAITAN

Apabila seorang hamba yang beriman bersedih, pasti ia amat disukai oleh syaitan. Oleh itu bergembira, bersikap optimis dan bersangka baiklah kepada Allah.

Yakinlah dengan kuasa Allah dan bertawakkallah kepadaNya. Pasti kita akan memperolehi kebahagiaan dan reda dalam segala keadaan.

4.KESEDIHAN MENGHANCURKAN JIWA

Bicara Ibn Al-Qayyim:

* “Jangan hancurkan kegembiraan kamu dengan kebimbangan.
* Usah hancurkan akal kamu dengan bersikap pesimis.
* Jangan hancurkan kejayaan kamu dengan penipuan.
* Usah hancurkan hari kamu dengan meratapi hari semalam”.

5.KITA SEBENARNYA BOLEH SAHAJA BERGEMBIRA

Jika fikirkan tentang keadaan kita, pasti kita akan mendapati Allah memberikan banyak benda dan perkara yang tidak dipohon dariNya.

Yakinlah dengan Allah kerana Dia tidak menghalang hajat yang kita ingini kecuali ia adalah untuk kebaikan diri sendiri.

6.BERTERUSANLAH MELAKUKAN KEBAIKAN WALAUPUN IA KECIL

Kemungkinan ketika tidur, pintu syurga dibuka untuk kita kerana doa orang lain.

Kemungkinan ia datang dari:
* Seorang miskin yang kita bantunya pada masa lalu.
* Seorang yang sedih, lalu kita gembirakannya.
* Seorang yang melintasi, lalu kita senyum kepadanya.
* Seseorang yang tertekan, lalu kita bantu menghilangkan tekanannya.
Oleh itu, usah pandang remeh setiap kebaikan yang kita lakukan.

7.BERGEMBIRALAH

Berkata seorang salaf:

“Aku berdoa kepada Allah untuk hajat yang aku inginkan. Jika Dia kurniakan kepadaku, aku gembira hanya sekali. Namun jika Dia tidak mengurniakannya, aku gembira berkali-kali. Ini kerana keputusan yang pertama adalah pilihanku, manakala keputusan yang kedua adalah pilihan Allah”.

8.KEHIDUPAN HANYA SINGKAT

Berkata Ibn Sa’di:

“Kehidupan ini adalah singkat. Oleh itu jangan singkatkannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesedihan. Jadilah pemilik hati yang bernafas dengan nafas kebahagiaan dan reda. Semoga Allah penuhi masa kita dengan kebahagiaan dan mengampunkan segala dosa”.

 

Sumber diolah daripada Telegram Interaksi Dengan Al-Quran

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply