Cara Menjauhi Maksiat : Khusus Untuk Mereka Yang Serious Ingin Berubah

2
14557
views
8-tips-menjauhi maksiat
kredit

Anda terdetik untuk membaca post ini sudah tentu anda sudah frust dan tertekan dengan diri anda.

Buat maksiat,bertaubat kemudian entah macam mana anda tergelincir lagi ke lumpur maksiat itu.

Anda bukan keseorangan kerana ramai lagi orang yang mengalami perkara yang serupa kerana kita adalah manusia yang lemah dan pelupa.

Jadi tidak terlambat lagi untuk kita mengubah diri kita agar maksiat ini dapat kita tendang jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Ini merupakan tips dan cara menjauhi maksiat yang kami rasa dapat membantu diri kita sama-sama meninggalkan maksiat dalam kehidupan kita.

#1 Kuatkan hubungan kita dengan Allah

Ini merupakan asas bagi menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat.

Bila kita ada hubungan dengan Allah yang akrab kita akan merasa dia sentiasa disisi kita dan mengawasi setiap gerak geri kita.

Kuatkan hubungan dengan Allah ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

Hubungan yang kuat antara kita dengan Allah adalah senjata paling kuat dalam usaha kita mencari cara menghindari maksiat.

Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan yang lebih aku cintai dari pada amalan yang Aku wajibkan atasnya, dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga aku mencintainya.

(HR. Bukhari)

cinta-amal-kebaikkan
kredit

#2 Tanam cinta kepada perkara baik

Perasaan cinta ini tidak akan berputik kalau kita tak mula dengan sesuatu.

Makanya untuk menanam minat dan cinta ini kita kena buat dulu baru rasa seronok itu akan hadir dalam diri kita.

Bila kita dah biasa buat perasaan cinta pada amal itu akan lahir dalam diri kita sehingga kalau kita rasa tak buat benda itu sehari kita rasa gundah gulana.

Percayalah apabia kita sudah terbiasa sibuk dengan amal kebaikan, secara tidak langsung kita semakin tiada masa untuk melakukan maksiat.

Ini merupakan antara cara meninggalkan maksiat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad sendiri.

“Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan keburukan (dosa).” 

#3 Kawan dengan orang soleh

Kawan kita ramai, tapi tak semua kawan yang betul-betul soleh.

Yang soleh adalah mereka yang sentiasa menasihati kita dan mengajak kita kepada kebaikkan.

Bila kita kawan dengan orang baik percayalah diri kita akan lebih mudah hanyut dalam amal kebaikkan.

Orang soleh yang sanggup menasihati kita tak ramai biasanya dalam kehidupan. Bila dah dapat itu janganlah kita sia-siakan.

Bila dia menegur ambil nasihat dan tolak jauh-jauh ego kita.

Oleh itu. carilah kawan-kawan yang baik seramai yang boleh kerana kita tahu berkawan dengan mereka merupakan antara cara menghindari maksiat yang paling berkesan..

keazaman-yang-kental
kredit

#4 Keazaman yang kental

Ya bila kita buat maksiat kita akan rasa down yang teramat (hati orang beriman sepatutnya begini). Kita rasa dah tak ada harapan nak hidup.

Eh cuba lempang dan cubit pipi tu sikit, cuba tengok dah kiamat ke belum.

Kita ni kalau dah terjatuh bangun balik, bila dah sedar diri kita buat maksiat ganti balik maksiat yang kita buat dengan amal kebaikkan.

Jangan lembik sangat menyerah diri pada syaitan mempermainkan kehidupan kita ini.

Bertakwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik niscaya ia akan menghapusnya, dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang mulia.

(HR. Ahmad, at-Tirmidzi)

Ingat, orang yang benar-benar mencari cara meninggalkan maksiat, pertama sekali mesti mempunyai azam yang kuat dan istiqamah untuk bermujahadah.

#5 Sibukkan diri kita dengan ilmu

Kita buat maksiat kadang-kadang kita tak tahu pun benda itu memang salah sebab kita jahil.

Dan kadang-kadang sebab kita jahil kita tak tahu sebenarnya banyak lagi amalan kebaikkan yang mudah untuk dilakukan bukan sekadar yang wajib itu sahaja.

Ini juga salah satu cara kita mengisi masa lapang kita daripada disia-siakan.

Manusia ni macam vakum,kalau dia tak sedut benda baik memang dia akan sedut benda lagho.

#6 Berdakwah dan ajak orang buat baik

Kita tak strong bila buat baik seorang.

Kita akan rasa seronok dan kuat bila kita ajak orang lain buat kebaikkan.

Selain itu cara ini akan push kita buat kebaikkan sebab tak normal sebenarnya kalau kita ajak tapi kita tak buat.

Kita akan rasa puas dan seronok bila orang yang diajak itu buat sekali dengan kita.

Kalau orang yang tak nak itu kita biarkan sahaja, kita dah buat kerja kita untuk ajak kepada kebaikkan samada dia terima atau tidak itu nombor dua.

Jangan sangka kita boleh berdakwah bila kita juga sudah sempurna kerana kita tidak akan pernah menjadi sempurna.

Anggaplah berdakwah itu adalah salah satu proses yang panjang dalam cara menjauhi maksiat.

#7 Tetapkan denda pada diri kita

Tetapkan denda pada diri kita sekiranya kita terbuat maksiat tersebut.

Dengan syarat denda tersebut mestilah benda yang paling allergic dan tak suka sekali kita buat.

Kalau kita ambil benda yang kita suka nanti kita akan ambil mudah dengan maksiat.

Contoh benda yang kita tak suka adalah potong rumput rumah kita, kita ganti mak kita masak haritu.

Benda ini subjektif dan setiap orang lain-lain benda yang dia tak suka. Ingat syaratnya,pastikan benda itu kita tak suka dan susah!

berdoa kepada allah

#8 Doa,doa dan terus berdoa

Ini yang terakhir, semua-semua yang kita dah buat perlu diakhiri dengan doa pada Allah.

Minta Allah agar kita diberikan kekuatan pada hari yang mendatang untuk terus buat kebaikkan dan tendang kemungkaran jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Jangan mudah berputus asa dan berharaplah kita semua kepada Allah dalam doa kita diselangi dengan usaha kita yang jiddiyyah(serius).

Semua manusia melakukan maksiat, bezanya adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar ingin berubah ataupun tidak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Sekiranya bermanfaat sila share artikel ini buat kawan-kawan anda yang turut mengalami kemurungan diri dan jiwa kerana maksiat.

Wallahua’lam.

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

2 COMMENTS

Leave a Reply