9 Falsafah Hidup Hamka Tentang Sahabat

0
1294
views

two_friends_love

Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.

 

Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan :

1. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang.

2. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

3. Kesenangan hidupmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran.

4. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

5. Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang.

6. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

7. Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberikan kepada dirimu sendiri.

Pengubat Jerih Hidup Manusia Adalah Dua:

Pertama : Iman kepada Allah

Kedua : percaya kepada sahabat

 

Sumber Asal : tazkirah.net

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply