9 Penyakit Pendakwah Untuk Direnungi

0
40
views

penyakit pendakwah

Meskipun kita membuat kerja dakwah menyeru manusia kepada kebaikan kita masih tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Tetapi jangan pula kerana merasakan diri tidak cukup baik menghalangi diri kita untuk terus mengajak manusia ke arah kebaikan.

Ada beberapa penyakit sebagai seorang daie kita perlu berwaspada antaranya ialah :

#1 Lemahnya Budaya Bertabayun

Bila mana kita mendengar khabar yang baik-baik sahaja tentang perihal ikhwah akhwat kita, kita akan mudah rasa gembira dan senang hati.

Tetapi apabila kita mendengar khabar yang buruk atau fitnah kepada ikhwah akhwat kita, kita lebih mudah untuk terus percaya. Berziarah pun tidak apa entah lagi mahu bertabayun secara berdepan dengan akh atau ukht tersebut.

Kita lebih mudah percaya kepada mereka yang membawa berita tersebut berbanding akh atau ukht tersebut. Jika anda betul-betul percaya pada mereka jumpalah secara berdepan dan bertabayunlah secara berhikmah.

#2 Menganggap Para Qiyadah, Syuyukh, Nuqaba Manusia Yang Maksum

Walaupun mereka memegang tampuk kepimpinan tetapi kita perlu sedar mereka juga manusia seperti kita. Adakah ketika mana mereka membuat silap kita akan meninggalkan jemaah kita kerana merasakan orang atasan pun tak selesai lagi apa entah lagi nak membimbing orang yang dibawahnya?

merasakan diri lebih mulia
kredit

#3 Rasa Lebih Mulia Daripada Orang Biasa

Hanya kerana kita buat kerja dakwah tak bermakna kita lebih mulia dan tinggi darjat kita berbanding orang biasa. Kononnya kita buat kerja dakwah kita pun memandang enteng dan hina orang yang tak dapat lagi kefahaman tentang agama.

Anda sebagai daie boleh jadi lebih hina daripada mereka. Caranya adalah dengan anda menyembunyikan kebenaran atau kefahaman tentang agama yang anda dapat untuk orang-orang yang tertentu sahaja. Itulah benda paling jijik dan teruk bagi seorang yang menggelar diri mereka seorang penyeru!

#4 Merasakan Kelompok Dakwah Kita Yang Paling Terbaik

Bila kita kata jemaah kita kena faham ianya dikelola oleh manusia. Jadi sangat mustahil untuk kita merasakan jemaah kita adalah satu-satunya yang paling baik dan sempurna.

Dan jika ada perbezaan antara kelompok dakwah kita dengan kelompok dakwah yang lain kita harus sedar dan faham bahawa pendekatan setiap dari kita berbeza dan jangan pula kita kata “sesat betul geng dakwah tu tak ikut cara macam kita”.

berdakwah kepada keluarga
kredit

#5 Lupa Untuk Berdakwah Kepada Keluarga Atau Saudara Kita Yang Dekat

Ini penyakit yang boleh tahan juga hairannya. Kita sibuk berpenat lelah siang malam berdakwah pada orang luar sana sini sehinggakan kita terlupa mereka yang setiap hari sentiasa berada disekeliling kita iaitu keluarga kita.

Mereka juga ada hak untuk diberikan kefahaman tentang islam. Jangan biarkan mereka lihat sahaja kita menyebarkan kemanisan beragama ini pada orang lain, berikanlah juga kepada mereka kemanisan itu dan sama-sama kita masuk syurga dengan mereka.

#6 Kita Sahaja Yang Layak Difahami

Peduli orang lain biar orang faham tentang diri kita sahaja dan diberikan hak yang sepatutnya. Ini tanggapan yang kurang tepat.

Anda juga perlu memahami keadaan ikhwah dan akhwat yang lain. Kenapa?

Contoh yang mudah anda baru sahaja kerugian bisnes RM500 sedangkan pada masa yang sama ada akh atau ukht yang rumahnya dipecah masuk telah kerugian sebanyak RM4000 jadi mana satu yang perlu diberikan hak untuk dibantu dahulu?

Kalau kita nak orang faham keadaan kita sahaja memang nak terjun gaung la akh atau ukht tersebut sebab tak ada orang nak tolong dalam keadaan sangat terdesak. Jadi berlaku adil lah pada orang lain juga.

#7 Benda Baik Kita Seorang Dapat, Musibah Semua Orang Kena Dapat

Bila kita dapat khabar gembira kita bolot sorang apabila dapat musibah boleh pula dikongsikan pada orang lain supaya mengharapkan bantuan.

Kalau kita dapat khabar gembira seperti bonus gaji kongsikan sedikit dengan ikhwah akhwat. Belanja makan sekali sekala. Bila tiba anda mendapat musibah barulah adil bila kita mengharapkan bantuan.

cakap tapi tidak beramal
kredit

#8 Semangat Berbicara Mengalahkan Semangat Amal

Bila kita cakap lebih daripada amal kita maka kita kena periksa semula diri kita. Yang bagusnya adalah kita cakap sikit tetapi amalnya banyak.

Jangan kita bising suruh orang buat itu ini tetapi akhirnya kita yang tak buat perkara tersebut. Jangan aktif dalam syura atau meeting sahaja tapi di medan amal biji mata pun tak nampak.

#9 Anggap Kita Seorang Sahaja Yang Buat Kerja

Kita dengan mudahnya menganggap orang yang tidak dapat menghadirkan diri di medan amal mereka ini tidak bekerja. Sedangkan mereka ini tanggungjawab mereka lebih besar dan berat cuma mungkin medannya sedikit berbeza. Tidak sama mereka yang bujang dengan yang sudah berumah tangga.

Mungkin juga mereka mahu amal mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi berbaik sangkalah dengan rakan-rakan kita, jangan sangkaan seperti ini merenggangkan silaturahim sesama kita.

Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini. Wallhua’lam

Artikel Yang Berkaitan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply