9 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Abaikan 10 Hari Terawal Zulhijjah

0
1224
views

#1 Disebut dengan jelas dalam al-Quran

“Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2) “

(Surah al-Fajr : 1-2)

Menurut Ibn Kathir, dan juga majoriti ulama tafsir, 10 malam yang disebutkan dalam surah tersebut merujuk kepada 10 hari terawal bulan Zulhijjah.

#2 Salah satu daripada bulan-bulan haram (suci)

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…”

(Surah Taubah : 36)

Empat bulan haram yang disebutkan dalam ayat tersebut adalah; Muharram, Rejab, Zulqaedah dan Zulhijjah.

#3 Hari-hari terbaik untuk memperbanyakkan amal soleh

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”

#4 Islam disempurnakan pada hari Arafah

…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu….”

(Surah Maidah : 3)

‘Hari ini’ pada ayat ini merujuk kepada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah.

#5 Puasa pada Hari Arafah, diampunkan semua dosa lalu

Daripada Abi Qatadah r.a. Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari ‘Arafah. Baginda menjawab maksudnya:

“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan setahun yang akan datang.”

Riwayat Muslim.

#6 Nama Allah dibesarkan dan disebut berulang kali

Umat Islam digalakkan untuk menyebut dan membesarkan nama Allah pada waktu ini. Ia dinamakan takbir tasyrik.

Kita disunnatkan untuk bertakbir pada setiap kali selepas solat; bermula pada selepas Fajar pada 9 Zulhijjah hingga selepas Asar 13 Zulhijjah.

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

#7 Qurban dilakukan pada waktu ini

Bagi yang berkemampuan, mereka sangat digalakkan untuk melakukan qurban pada hari berikut; 10, 11 dan 12 Zulhijjah. Untuk melakukan ibadah qurban bersama Aqsa Syarif boleh semak di sini.

#8 Pada waktu ini, ibadah terbesar dalam Islam berlaku

Pada bulan inilah berlakunya ibadah Haji; ibadah yang hanya boleh dilakukan pada bulan Zulhijjah dan hanya boleh dilakukan di Makkah!

Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di satu tempat untuk menzahirkan manifestasi ibadah kepada Allah.

#9 Kita menyambut Hari Raya Qurban

Dalam Islam, kita merayakan dua hari perayaan; Eidul Fitri atau Hari Raya Puasa dan Eidul Adha atau Hari Raya Qurban.

Marilah sama-sama kita tingkatkan amal soleh pada 10 hari yang terbaik yang telah Allah kurniakan pada kita tahun ini. Terutamanya bagi mereka yang tidak mampu menunaukan haji, mari kita berusaha untuk berpuasa pada hari Arafah.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply