9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

1
1496
views

jeny

Panduan ini khusus untuk graduan muda.

Kalian baru memasuki fasa 7 tahun pertama.

Ini adalah masa yang kritikal untuk kalian urus duit gaji. Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup kalian.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin. Kemudian sasaran kedua adalah mempunyai simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

2. Jangan terus beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun. Tetapi graduan bijak kumpul harta yang sebenar dengan gaji pertama.

3. Pastikan bakal pasangan hidup sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana dapat berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

5. Mula berniaga secara part-time. Berniaga, tawarkan barang fizikal atau perkhidmatan. Bukan masuk multilevel marketing (MLM). Memulakan perniagaan bukan bermaksud kena jadi jurujual.

6. Buat tabung khas untuk memulakan pelaburan. Sebahagian duit tabungan khas itu digunakan memulakan pelaburan secara kecil-kecilan. Mulakan sekarang juga.

7. Bukan pintu rezeki tuan. Buat bajet siap-siap untuk:

  • Bayar hutang pelajaran seperti PTPTN
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
  • Daftar haji

Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran kepandaian pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.

Barangkali ebook yang baik untuk kalian kickstart adalah Rancang Wang Dari Sekarang. Boleh dapatkan ebook ini melalui Google Play, sila klik link di bawah untuk baca free sample:

Ebook Rancang Wang Dari Sekarang

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar..

Sumber Asal : www.pakdi.net

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

1 COMMENT

  1. Pelaburan terbaik ialah mengkayakan diri dengan pengetahuan dalam pengurusan kewangan. Tidak semestinya ‘skil’ pelaburan atau sebagainya, tapi yang penting ialah bagaimana menguruskan apa yang ada terlebih dahulu, sebelum memikirkan abgaimana untuk emncari lebih.

Leave a Reply