Adakah Kita Tahu Tanda Allah Cintakan Kita?

0
805
views

tanda cintanya Allah pada kita

Bila kita rasa disayangi dan ada orang yang mengambil berat tentang kita pasti kita rasa bahagia pada diri dan perasaan kita. Tapi itu sebenarnya tidak cukup.

Kerana apa?

Kerana kita belum merasai lagi kebahagiaan yang sebenar iaitu apabila kita dicintai oleh Allah. Jika kita membelek sejarah Rasulullah dan para sahabat kita akan mendapati perkara yang sangat luar biasa apabila si hamba dan tuhannya saling cinta mencintai.

Tidak ada yang lebih Aku sukai yang dilakukan oleh hambaku daripada ibadah yang aku wajibkan kepadanya

Sudah pasti perkara wajib tidak lagi asing pada diri kita.

Berhijab, solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan dan lain-lain lagi. Jadi jika kita tinggalkan yang ini maka Allah akan berikan hukuman kepada kita di akhirat kelak.

Allah berfirman

Ini adalah ibadah yang Aku sukai daripada apa pun yang ada di dunia ini

Sebab itu kita diwajibkan melakukan amalan apa yang Allah telah wajibkan, kerana Allah menyukai amalan tersebut meskipun kita rasa berat untuk melakukan perkara tersebut.

Dan pernah kita terfikir kenapa Allah adakan hukuman jika kita meninggalkan amalan tersebut?

Sebabnya Allah nak paksa kita buat juga amalan tersebut dan Dia nak supaya hambaNya sentiasa dekat denganNya. Adakah kita pernah sedar perkara ini? Atau pun kita selalu sahaja bersangka buruk Allah ini mahu memberat-beratkan kita?

Dan hamba-Ku terus mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunat

Perkara yang kita lakukan secara sukarela hanya kerana mencari redha Allah tanpa Allah mewajibkan kita pun perkara tersebut. Contohnya seperti

  • Menolong orang lain
  • Solat Sunat
  • Berzikir
  • Berkata baik kepada orang lain

Kita buat semua perkara-perkara ini sehingga Allah mencintai diri kita.

Dan ketika aku mula mencintainya, Aku menjadi telinga yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk menyentuh, kaki yang dia gunakan untuk melangkah, jika dia minta apa pun daripada-Ku, Aku akan memberikannya, dan jika dia mencari perlindungan daripada-Ku, Aku akan melindunginya

Apakah erti bilamana Allah akan menjadi telinga, mata, tangan, dan kaki kita?

Telinga kita secara tidak langsung akan mendengar perkara baik-baik sahaja.

Kalau dulu kita selalu dengar benda-benda yang lagha dan sia-sia seperti umpatan maka kita akan mula rasa benci.

Kalau dulu kita selalu dengar fitnah atau adu domba maka kita akan mula rasa benci.

Kalau dulu lagu-lagu yang jahiliah menghiasi pendengaran kita maka kita akan mula rasa benci.

Kesemua ini kita akan rasai apabila kita melakukan amal yang wajib dan memperbanyakkan amalan sunat meskipun tak ada siapa pun yang bagi tahu kepada kita perkara itu salah.

Apa yang kita akan mula dengari selepas itu adalah bacaan Al Quran yang menenangkan jiwa dan kalam-kalam Rasulullah yang meningkatkan diri dan amal kita.

Dan jika dulu mata kita seringkali dipuaskan dengan pandangan yang memenuhi nafsu syahwat maka apabila Allah menjadi mata kita, kita rasa sangat tidak selesa dan mula merasa rimas dengan perkara tersebut dan kita tidak lagi merasai kenikmatan disitu.

Dan jika dulu tangan kita sering mengasari manusia lain dan mengambil benda yang haram maka apabila Allah menjadi tangan kita maka kita mulai rasa untuk melakukan kebajikan dengan tangan kita ini.

Dan apabila Allah menjadi kaki kita maka kita akan berjalan ketempat yang Allah suka sahaja.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla berfirman,

“Siapa yang memusuhi seorang kekasihku, maka Aku menyatakan perang kepadanya, dan tiada mendekat kepadaku seorang hambaku, dengan sesuatu yang lebih kusukai daripada melaksanakan kewajibannya, dan selalu hambaku mendekat kepadaku dengan melakukan sunah – sunah sehingga Aku sukai, maka apabila Aku telah kasih kepadanya, Akulah yang menjadi pendengarannya, dan penglihatannya, dan sebagai tangan yang digunakannya dan kaki yang dijalankannya, dan apabila ia memohon kepadaku pasti kukabulkan dan jika  perlindung kepadaku pasti kulindungi” (Hadits riwayat Bukhari.)

Semoga Allah menjadikan kita sebahagian daripada mereka yang Allah kasihi dan cintai.

Artikel Yang Berkaitan :

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply