Adakah Sah Solat Dengan Telekung Lycra? – Ustazah Maznah Daud

0
11204
views

SOALAN

Assalamu’alaikum ustazah,

Saya nak tanya tentang satu ‘fatwa’ yang tersebar di FB bahawa telekung lycra tidak sah solat. Alasannya kerana ia tidak menutup bentuk tubuh.

Betul ke?

JAWAPAN

Wa’alaikumus-salam wbt.

Untuk menjawabnya, saya salin tulisan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Fatoni di dalam kitabnya yang berjodol “Al-Bahr al-Wafi wan-Nahr as-Sofi”, cetakan ke 2, 2005, halaman 59:

” Dan yang ketiga daripada syarat sembahyang …… menutupi perempuan yang merdeka dan jika kecil sekalipun akan sekelian badannya lain daripada muka dan dua tapak tangan belakang keduanya dan perut keduanya (iaitu bahagian depan tapak tangan serta belakangnya) hingga pergelangan keduanya, demikian lagi khunsa.

Maka wajib menutup sekeliannya dengan jirim (bahan) yang menegah dilihatkan warna kulit dan jika tanah atau rumput atau air yang keruh atau umpamanya sekalipun jika tiada kain. Maka syarat menutup itu bahawa ada ia jirim yang menegah dilihatkan warna kulit ….”

Difahami daripada tulisan di atas, syarat sah solat ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan dengan sesuatu yang menutup warna kulit, iaitu tidak nipis dan tidak jarang.

Tidak disebut pula wajib tutup bentuk badan kerana beliau menyebut boleh juga ditutup dengan tanah, rumput atau air yang keruh.

Jadi, jika kain lycra itu tebal dan tidak nampak warna kulit maka sah solat.

Allahu A’lam.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply