Aisyah Humaira

1
511
views

Aisyah Humaira

Aisyah HumairaAisyah Humaira | Wanita ini memang luar biasa. Rasulullah s.a.w.  menggelarnya dengan “Humaira” (wanita yang kemerah-merahan pipinya). Bahkan, ia tidak hanya cantik paras rupanya, malah sopan tutur katanya, dan lembut perilakunya, Aisyah Humaira juga dikenal sebagai wanita yang pandai sehingga menjadikannya termasuk dalam golongan orang yang banyak meriwayatkan hadis. Kisah hidup Aisyah Humaira telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang.

Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.

Nama sebenar beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dilahirkan  pada tahun  ke-8 sebelum hijrah(641) di Kota Makkah al-Mukarramah. Ayahnya bernama Abu Bakar Abu Quhafah. Manakala ibunya pula bernama Ruman binti Umairah b Amir. Semenjak beliau muda, Aisyah Humaira yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Aisyah Humaira menjadi isteri Rasulullah s.a.w. sekitar  usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empat belas hingga lima belas tahun.

Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah Humaira tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih sayang serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah Humaira berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.

 

 

Detik-detik awal kehidupan Aisyah Humaira di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

 

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

 

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,: ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah.

Namun di kalangan isteri baginda yang sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah Humaira telah kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

 

Musyrifah binti Muhammad

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. Masha’Allah..~Subhanallah..Walhamdulillah.. Walaillahaillallah.. AllahhuAkbar..~ Walahaulawala quwwata illa billah hil aliyyil a’ziim.. ~ 😉

Leave a Reply to Tuan Norsuzilaida Bt Tuan Ab Razak Cancel reply