6 Aktiviti Cuti Sekolah Kos Rendah Untuk Anak Anda

0
220
views

Bagi pelajar atau anak-anak musim cuti sekolah lah yang paling menggembirakan.

Ibubapa lah yang akan mula runsing, apakah yang perlu dibuat untuk mengisi masa anak-anak dengan aktiviti cuti sekolah hujung tahun.

Setiap ibubapa pasti mahu merancang aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak mereka.

Malangnya, sesetengah aktiviti memerlukan kos yang agak banyak seperti bercuti dan kursus-kursus kemahiran. 

Untuk itu, kami kongsikan beberapa idea aktiviti menarik cuti sekolah yang bakal tiba ini tanpa mengeluarkan kos yang besar.

6 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Low Cost

 

#1 Spring Cleaning

Aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat seperti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Ajak mereka mengemas rumah bersama. Mulakan dengan bilik mereka. Mungkin boleh diubah susun atur perabot di dalam bilik mengikut suasana baru kegemaran anak-anak.

bersihkan rumah ketika cuti sekolah

Tanya mereka jika ada barang lama yang mereka tak perlukan lagi, mungkin boleh didermakan kepada orang lain sekiranya barang itu masih elok.

Ini secara tidak langsung akan mendidik mereka untuk sentiasa berdikari memastikan bilik dalam keadaan bersih. Tak perlu tunggu kita yang sudah dewasa ini untuk mengemas.

#2 Bersiar-Siar Menaiki Pengangkutan Awam 

Aktiviti menarik cuti sekolah ini sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang tinggal di kawasan bandar atau pinggir bandar.

Bersiar-siar meneroka bandar pasti akan mengujakan anak-anak bahkan ibubapa. Kerana  telah terbiasa menaiki kereta sendiri ke mana-mana.

Dengan kos yang minimum, ibubapa dan anak-anak dapat menikmati pemandangan bandar sambil menaiki pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT) atau Mass Rapid Transit (MRT).

aktiviti cuti sekolah menaiki public
kredit

Jika sesuai dengan keadaan anda, jika dapat keluar pada waktu malam memang menarik kerana dapat menikmati keindahan lampu-lampu di sekitar bandar.

Di Barat, aktiviti cuti sekolah seperti ini sebenarnya telah menjadi kebiasaan bagi mereka.

#3 Menziarahi Keluarga Dan Saudara Mara

Cuti sekolah lah masa yang ada untuk anak-anak berinteraksi dengan lebih rapat dengan saudara mara. Terutama mereka yang berada jauh dan jarang berjumpa.

Aktiviti cuti sekolah ini penting untuk membiasakan diri anak-anak dengan keluarga supaya hubungan kekeluargaan tidak terputus apabila mereka semakin dewasa.

Perjalanan menziarahi saudara mara yang jauh juga memberi peluang untuk anak-anak menikmati pemandagan sepanjang perjalanan selain dapat mencuri masa untuk melawat tempat-tempat yang menarik.

#4 Pergi Ke Pasar & Masak Bersama-Sama

Walaupun kelihatan simple memasak bersama juga adalah salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat.

Apabila kita pergi pasar bersama, anak-anak dapat belajar banyak tentang barangan dan peralatan yang diperlukan untuk memasak sesuatu hidangan.

bawa anak ke pasar
kredit

Inilah masa untuk mereka kenal jenis-jenis ikan dan sayur-sayuran.

Ketika memasak pula, kita secara tidak langsung mengajar anak-anak supaya bersyukur dan tidak membazir membuang makanan sesuka hati setelah melihat betapa peritnya untuk menyediakan sesuatu hidangan.


Jangan silap, tak semestinya anak perempuan sahaja yang kita ajak masuk ke dapur, anak lelaki juga perlu pandai berdikari menyediakan makanan sendiri.


#5 Beriadah Di Taman Awam

Jangan biarkan anak anda terperap dengan gadget mereka sahaja. Ajak mereka bersenam di luar. Percayalah mereka akan rasa kelainan yang menyeronokkan.

Tidak semestinya berjogging sahaja. Banyak aktiviti lain seperti berbasikal, senam aerobik dan lain-lain lagi.

aktiviti menarik cuti sekolah

Jika ada apa-apa program yang dianjurkan, cuba sertai. Ini masa untuk berkenalan dan mencari geng baru untuk bersukan =)

#6 Menyertai Kem Motivasi 

Akhir sekali, sebagai ibubapa, cuba cari program-program seperti kem motivasi, kem perbaiki solat dan kem perbaiki bacaan Al-Quran yang ada berhampiran.

Tak susah kerana kebiasaannya pihak masjid pasti akan anjurkan aktiviti cuti sekolah ini.

Program pendek dua, tiga hari ini selain dapat menambahkan motivasi dan memperbaiki amali solat, anak-anak juga akan menambah kenalan baru selain menaikkan lagi jati diri mereka.

Penutup

Semoga senarai aktiviti cuti sekolah yang kami berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa mendapatkan idea untuk merancang cuti sekolah.

Ini penting anak-anak agar tidak terbuang dengan hanya menonton televisyen dan bermain game sahaja.

Sekiranya artikel ini bermanfaat buat anda, jangan lupa untuk kongsikan manfaat yang sama dengan rakan-rakan. Klik button share di bawah.

Artikel Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply