Aku Seorang Daie.Allah Telah Membeliku

0
84
views

aku seorang daie

Aku seorang daie, dan Allah telah membeliku.

Aku nak juga jadi insan biasa, tak punya tanggungjawab, tak punya pandangan negative masyarakat jika tersilap langkah terbuat dosa, tak terbeban dengan kerja dakwah. Hanya diri sendiri yang perlu dirisaukan. Tak perlu risau mengenai iman org lain. Kubur kau, kubur aku, iman kau iman aku. Mati lain-lain soalan sama jawapan lain-lain. Aku terbeban. Beban dengan berat sarat ini.

 Aku di sapa oleh akhwat manis di masjid. Ketika itu aku masih tercari-cari erti kehidupan. Ya kehidupan aku yang hanyut jauh dari sisi fitrah islam namun masih tersimpan bara keimanan walaupun kecil. Mana mungkin kehidupan yanhg dulu bergelumang dengan dosa-dosa silam boleh membawa orang ke arah kebaikan. Sungguh aku tak percaya dengan potensi diriku ini.

Aku membandingkan diri aku dengan akhwat yang lain juga masih baru sama-sama naik dalam medan dakwah.sungguh mereka walaupun baru namun dibekalkan oleh Allah dengan persiapan asas-asas islam yang menyebabkan mereka mudah dalam penyampaian islam dan dakwah. Tahmidi mereka. tidak terlibat dengan perkara mengaibkan.

Aku? Baca al-quran merangkak. hafazan juga aku sering ketinggalan. Maklumlah aku merumikan tulisan arab. Mudah untuk aku menghafal berbanding rakanku yang lain. Matsurat aku sering ketinggalan bacaan beramai-ramai. Aku lebih suka menyorokkan kelemahan aku depan mereka. Jiwa terasa kecil dengan kelemahan diri. Apatah lagi dibandingkan dengan kerja jahiliyyah yg pernah aku lalui berbanding mereka.

Permulaan jalan tarbiyyah ini aku masih free hair, aku masih terlibat dengan percintaan songsang, aku masih dengan jiwa emo goth, aku masih merokok, aku masih mencarut, aku masih bersikap mementingkan diri sendiri, aku dengan baran ku. Mana mungkin nk dibandingkan dengan jiwa muslimah akhwat sejati lagi suci. Jauh api dari panggang. Jauh!

Aku tetap menghadiri usrah,tetap menghadiri daurah demi niat mensucikan diri. Namun bukanlah aku pinta untuk terus kepada bergerak untuk membawa mereka yg lain untuk berdakwah bersama. Tak, dan aku menjerit dalam batin itu bukan AKU!

Kemudian aku dihadiri oleh kehadiran ukhuwwah yg sejati seiring untuk aku naik. Merekalah insan yang memberikan aku semangat untuk membawa org lain. Sama-sama menangis ketika usaha ini tidak dihargai, sama-sama menangis ketika hati ini kering, sama-sama menanggung duka kesusahan sambutan, kesempitan wang, kekangan keluarga dan pihak atasan.

Semua rasa yang sama dihadiri oleh Allah terhadap jiwa-jiwa ini, makin kental. Namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Aku di uji oleh Allah ketika jiwa ini terasing berjauhan dengan mereka. berjuang sendirian.

Aku nak menangis ketika apa yang aku mahu tidak tercapai target kerja dakwah ku. Aku menyalahkan diri ku, aku menyalahkan orang sekelilingku. Tapi aku lupa bahawa ini semua terjadi dengan izin Allah. ini semua kehendakkNya, ini adalah pertarungan iman dan ujian aku terhdap apa itu kerja di jalan Allah. aku harus kuat! Aku harus tabah!

Aku harus berubah menjadi hamba Allah yang sentiasa mahukan keredhaan Nya. Aku harus tabah. Namun, aku sering tergelincir. Dan aku tergelincir keseorangan. Ketika aku merosakkan nama sebagai seorang daie. Seorang yang sepatutnya menjadi contoh pada org lain. Seringku menangis pinta Allah membelaiku. Sering aku pinta malaikat menyelimutkan ku.

Tangan ku juga mengosok belakangku, tangan ku juga membelai rambutku, tanganku jua menyapu airmataku. Aku tak tahan dengan jiwaku yang lemah. Aku sedih dengan diri ku. Kadang jiwaku bercelaru.patutkah aku masih dijalan dakwah? Dan menjalani hidup seperti orang biasa? Bukan sebagai daie?

“Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji benar dari ALLAH di dalam taurat, injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu. Dan demikianlah itulah kemenangan yang agung” at-taubah : 111

Aku harus gembira, aku harus yakin dan aku harus bersabar! Kerana Allah telah membeli ku sebagai daie.

Penulis : Hariyanto

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply