Al-Quran Menyuburkan Hati Yang Tandus – Noor Aiman

0
115
views

cahaya-al-quran-tentang-islam

Saya terkesan dengan satu kata-kata dari Ibnu Umar iaitu anak kepada Saiyidina Umar Al-Khattab ra,

“Sungguh kami telah hidup begitu lama di suatu zaman, kami diberikan Iman sebelum Al-Quran tetapi telah datang selepas kami, suatu zaman di mana seseorang diberikan Al-Quran sebelum Iman.”

Cuba kita fikir apa yang tersirat pada kata-kata ini.

Ia sangat mendalam.

Maksudnya begini,

Waktu zaman para sahabat, Al-Quran tidak turun sekaligus kepada Nabi saw dan diperdengarkan kepada para sahabat.

Quran itu turun secara berperingkat-peringkat, sikit-sikit. Ayat pun pendek-pendek. Sebab kenapa?

Sebab nak bagi para sahabat bertenang, bertafakkur, menghayati, dengan lebih mendalam daripada Rasulullah saw untuk baginda menghuraikannya dengan lebih terperinci akan setiap ayat-ayat yang turun.

Jadi, Nabi saw hurai dalam bentuk hadith kepada para sahabat.

Dengan cara begini, sahabat-sahabat dapat menghargai sesuatu. Walaupun diperdengarkan kepada mereka sedikit ayat, tapi mereka mendapat kualiti penghayatan yang mendalam.

Inilah maksud Iman sebelum datangnya Al-Quran.

Walaupun satu ayat, bila sahabat-sahabat beriman, beramal, menghayati adalah lebih baik dari membaca seluruh ayat Al-Quran.

Sebab itu Allah tak menurunkan Al-Quran sekaligus kepada baginda. Takut Nabi saw tidak tertanggung, sahabat-sahabat tidak dapat penghayatan.

Apa guna membaca Al-Quran tetapi tidak dapat memahami dan menghayati setiap kata-kata Allah tersebut.

cahaya-al-quran-buat-rumah-kita

Itulah maksud kata-kata Ibnu Umar. Terpukul di hati kita kerana kitalah manusia suatu zaman itu di mana kita telah diberikan Al-Quran sebelum Iman.

Sebab itu kadang-kala kita membaca Quran tetapi kita tidak merasakan apa-apa.

Jadi ummat ini kita kena perbanyakkan اقراء (baca), banyakkan memahami, banyakkan tadabbur, banyakkan kefahaman, Insya Allah selepas itu baru kita akan dapat تبرك (keberkatan).

Lihatlah سورة النحل ayat 64-65 bagaimana Allah berbicara kepada kita.

Kita tak akan faham ayat 64 kalau kita tak tengok ayat 65.

وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

“Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

وَاللَّهُ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).”

Kita tak akan faham kepentingan wahyu kalau kita tak perhati betul-betul asbab hujan yang turun.

Cuba lihat سورة النحل ayat 64 ni, Allah cerita tentang wahyu yang diturunkan untuk menyelesaikan masalah manusia dan untuk memberi pedoman kepada manusia.

Kemudian muncul ayat ke 65,

وَاللَّهُ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ

“Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya….”

Nak bagitahu kat sini, Allah yang sama menurunkan hujan bila jatuh ke atas muka bumi yang bertahun-tahun bahkan mungkin beratus tahun tidak pernah didatangi air, kering kontang, tapi kalau air datang, Allah akan hidupkan bumi itu.

Maksudnya, kalau kita tengok betul-betul hujan yang turun, bila kita tengok pokok, kalau kita cuba videokan satu kawasan tandus yang disimbahi hujan, daripada bumi yang mati lahirnya tumbuh-tumbuhan.

Demikianlah wahyu Al-Quran yang turun ke hati. Teruk macam mana pun seseorang itu, tandus macam mana pun hati dia, kering macam mana pun hati seseorang itu tapi kalau Allah Taala nak takdir kan hujan masuk dalam hatinya, pastinya akan tumbuh bunga iaitu iman dalam hatinya.

Subhanallah. Marilah sama-sama kita membina keimanan kita melalui ayat-ayat cinta Allah di dalam Al-Quran.
Kerana setiap patah kalam bicara Allah tersirat maksud yang mendalam untuk hambanya bertafakkur dan memahaminya.

Teruskanlah membina generasi bangsa kita dengan Al-Quran. Pasti suatu hari Allah akan menurunkan hujan dan menumbuhkan bunga-bunga pada hati-hati kita yang semakin tandus dan kering.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply