Allahu Ghayatuna

0
23
views

Allah adalah matlamat kami

Jika ditanyakan slogan ini kepada ikhwah dan akhawat, pasti slogan ini sangat familiar bagi mereka.

Kerana di dalam perjuangan yang suci ini, akhirnya inilah matlamat kita, iaitu mencari Redha Allah.

Tetapi timbul satu persoalan yang bermain-main di fikiran saya, sebenarnya apakah yang istimewa pada slogan ini?

Bila saat kita menyanyikan nasyid ini, terfikirkan anda sejauh manakah kita betul-betul yakin dengan slogan ini?

Allahu Ghayatuna Dalam Setiap Aspek Kehidupan

Apabila kita beriman dengan slogan ini, maka kita seharusnya membuktikannya di dalam setiap amalan seharian kita. Bukan hanya ketika membuat dakwah sahaja.

Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (Al-Hasyr : 20)

Jika diteliti ayat ini, kita dapati tidak sama kesudahan ahli syurga dan ahli neraka di akhirat kelak.

Dan jika tidak sama kesudahan mereka di akhirat, pasti permulaan kehidupan mereka di dunia juga berbeza. Pasti takkan sama walau sedikit.

Baik dari segi aqidah, akhlak, ibadah, cara bergaul, dll. Pasti tidak sama. Barulah adil pembalasan bagi dua golongan ini di akhirat kelak.

Ahli syurga pasti akan menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamatnya. Dan matlamat ini takkan berubah selama-lamanya. Malah dipraktikkan di dalam setiap sudut kehidupannya. Baik ketika pagi, petang, siang, malam, ketika masih bujang, atau sudah berumah tangga, ketika sudah beranak-pinak, bermenantu, bercucu, sihat, dan sakit, semuanya masih di dalam berputar di bawah satu matlamat, Allahu ghayatuna.

Allahu ghayatuna fi kulli makan….
Allah matlamat kita pada setiap tempat.

Di tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, di universiti, di restoran, di rumah even di tandas. kesemuanya Allahu ghayatuna.

Wa fi kulli zaman….
Allah matlamat kita pada setiap masa…

Ketika sakit, Allahu ghayatuna.
Ketika sihat, Allahu ghayatuna.
Ketika memberi nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika mendengar nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika datang kerja/ kuliah, Allahu ghayatuna.
Ketika tidak hadir pun, Allahu ghayatuna.
Ketika rehat, Allahu ghayatuna.
Ketika marah pun, Allahu ghayatuna.
Ketika memandu, Allahu ghayatuna.

Allah matlamat kita pada setiap keadaan…

Ketika bersendirian,
Di hadapan rakan-rakan dan keluarga,
Di dalam kenderaan,
Di dalam negara, di luar negara,
Sebelum graduasi, selepas graduasi,
Sebelum bfg, selepas bfg,
Sebelum bekerja, ketika bekerja,
Ketika bersama ikhwah akhwat..

Kesemuanya masih berpaksikan Allahu ghayatuna dan semua perkara dibuat kerana sebab yang munasabah di sisi agama.

Allahu Ghayatuna Dalam Pelajaran

Oleh itu, bersempena musim peperiksaan ini, maka mari kita refresh semula semangat Allahu ghayatuna di dalam study kita. Seorang mukmin seharusnya mengetahui priority mereka. Buat ketika ini, fokuskan diri on study masing-masing.

Di samping itu, kuatkan hubungan dengan Allah di samping menjaga hak sesama manusia. Jangan melengahkan solat subuh semata-mata kerana ingin stay up study. Tetapi ini bukan alasan untuk tidak memasak kepada housemate ada semata-mata kerana pulun belajar. Cuba untuk menstabilkan kesemua tanggungjawab anda.

Apabila kepala anda sudah tepu, cuba ubah mood study. Jika perlu, cari rakan-rakan untuk belajar bersama-sama. Lakukanlah apa-apa sahaja, asalkan anda yang menguasai mood anda, dan bukan sebaliknya.

Don’t too stress. Stress is killing.
Terus ceria mendepani imtihan (baca: peperiksaan) ini. Kerana imtihan ini hanyalah salah satu fasa dalam kehidupan anda.

Kerugian Besar Menanti

Maka di dalam perjuangan kita, kekalkan matlamat ini. Jangan double standard dan jangan menukarkan slogan hidup ini.

Analoginya seperti orang yang bermain bola. Bola akan dihalakan kea rah gol.
Dan tiang gol itu tetap berada di tempatnya. Mana boleh memindahkan tiang gol sesuka hati.

Begitu juga untuk mendapatkan redha Allah, tetaplah matlamat itu di situ.

InsyaAllah perkara yang menarik tentang Allahu ghayatuna ini, ianya boleh dicapai oleh semua orang. Baik yang pandai, yang miskin, yang kurang pandai, yang kaya, yang cacat, orang yang kurang hafalan, yang sihat, yang sakit, yang bujang, yang sudah berkahwin dll semuanya mampu mencapai matlamat ini InsyaAllah.

Jika saya katakan, dalam masa 5 tahun semua orang mesti menjadi jutawan.
Adakah ianya rasional?

Saya rasa tak semua orang mampu untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun sahaja.

Tetapi, jika saya katakan semua kita perlu menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamat, maka ianya rasional. Kerana Allah itu Maha Adil.

Semua mampu mencapai syurgaNya, walaupun dia bukanlah budak agama.
Medan/background apa-apapun kita, maltamat ini boleh dicapai insyaAllah.

Kesimpulannya, jika kita benar-benar beriman dengan slogan ini di dalam kehidupan kita. Kita seharusnya:
1- Akan mengajak manusia kepada Allah mengikut cara yang disuruh oleh Allah
2- Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
3- Oleh kerana Allah matlamat kita, maka kita takkan berhenti berlari sampai saat kita bertemuNya. Ikhlas dan istiqamah sampai bertemu redha Allah
4- Ikhlas.Kita tidak mengharapkan apa-apa ganjaran daripada manusia
5- All out di dalam setiap perkara, termasuk di dalam study dan kerjaya.

Bitaufik wannajah imtihan dan teruskan mujahadah!
Moga Allah redha,
Salam imtihan,
Musyirah Zulkarnain

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply