Amalkan 4 Tips Ini, InshaAllah Anda Takkan Lupa Langsung Selepas Ini.

0
3444
views

 

Tips menghafal yang saya cuba buat :

#1

Baca tengok dengan suara jelas bahagian hadis yang hendak dihafal sebanyak minimum 100x.

Ini akan membina foto memori seakan scanning.

#2

Ulang apa atau bahagian yang dihafal tu 100x jugak minimum tanpa tengok dengan suara yang jelas.

Ini akan membina memori lisan..

#3

Ulang esoknya apa yang dihafal tersebut sebanyak 50x tengok, 50x tanpa tengok.

Lusanya kurangkan kuantiti 25x yang sama, tulatnya 10x, kemudian 5x selama sebulan..

#4

Kalau ada kemampuan, rakam atau dengarkan bahagian yang kita hafal bila-bila yang berkesempatan.

Ini akan membina memori pendengaran.


PERINGATAN

Permulaan yang sukar menyenangkan urusan di kemudian hari.

Pengulangan yang banyak ini akan buatkan hafalan lekat sehingga bertahun-tahun tanpa perlu mengulangnya.

Tapi kalau kita hafal ala kadar mula-mula (rasa macam dah ingat), kita akan penat dan buang masa mengulang, kemudian lupa, kemudian ulang kembali.

Begitulah selamanya.

Memori itu super pengkhianat, kalau kita bermudah-mudah ingat dia sudah berlaku jujur sebegitu mudah, dia akan lari.

So kita “ajar” cukup-cukup bagi dia serik nak lari.

InsyaAllah dia akan stay dengan baik..

Syair-syair imam Syafi’iy yang rakan-rakan dengar saya sebut di dalam program ‘Home of Hadis‘ sebelum ini, saya hafal lebih kurang 10 tahun lepas dan tak pernah diulang sejak itu.

Hanya datang sepontan sebab ia masih tak “lari”.

 


Artikel ini adalah perkongsian peribadi Ustaz Kamilin Jamilin di Laman Facebook beliau.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hadith dari Universiti Islam Madinah (UIM) dengan kepujian kelas pertana pada tahun 2008.
Seterusnya, beliau memperoleh Ijazah dalam bidang hadith di Universiti King Saud, Riyadh Arab Saudi pada tahun 2013.
Beliau sedang menyiapkan tesis Ijazah Kedoktoran PhD dalam bidang hadith di USIM.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply