Antara Pornografi Dan Dendam Iblis Terhadap Nabi Adam – Ayat Ibrahim

0
1532
views

“Kak, boleh share tentang pornografi tak? Apa yang Quran cakap?”

– “Kenapa tiba-tiba?”

“Entah. Masalah yang sangat rampant (berleluasa).

Dalam  quran, memang ada cerita perihal pornografi?

Kita mulakan dengan beberapa ayat teras daripada surah Al-‘Araf. Mengenalkan kita dengan Nabi Adam, Hawa dan Syaitan.

Syaitan ni siapa ya?

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ – 7:20

Ayat ini merupakan bisikan (waswasa) syaitan yang pertama terhadap Nabi Adam dan Hawa. Syaitan membisikkan berkali-kali terhadap mereka berdua dengan satu tujuan utama.

Tujuan utama ini diungkapkan dalam ayat yang sama. Sebelum berbahas lanjut, bolehkah para pembaca yang budiman memberikan pandangan, apakah tujuan utama syaitan membisikkan tipudaya kepada Nabi Adam dan Hawa?

Pilihan jawapan:

a) Supaya Nabi Adam dan Hawa terkeluar dari syurga.

b) Supaya Nabi Adam dan Hawa masuk neraka.

c) Supaya Nabi Adam dan Hawa menderhaka kepada Allah.

atau ada jawapan yang lain?

Hmm…

Sebenarnya, jawapannya adalah:

d) supaya ternampaklah aurat mereka berdua yang selama ini tertutup.

Kemudian syaitan membisikkan waswas (fikiran jahat) kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata “Tuhanmu hanya melarangkamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(di dalam syurga)”

Al-‘Araf, 7 : 20

Daripada banyak-banyak sebab yang muncul di fikiran kita, kenapa niat syaitan yang terdalam adalah agar terlucut pakaian daripada kita? Kenapa itu adalah tujuan utama bisikan tipu dayanya kepada kita? Mengapa ya?

Harus lakukan tadabbur, merisik khabar dengan ayat-ayat sebelumnya, bermula ayat ke-11 hingga ke-19.

Jumpa jawapan?

Iblis yang sombong, merasakan dirinya lebih baik dari Adam (7:12), mengingkari perintah Allah dengan enggan bersujud kepada Adam, lalu dia dihinakan Allah.

Iblis malu. Iblis dihinakan. Iblis marah kepada Nabi Adam. Iblis menyalahkan Nabi Adam. Kerana Adamlah Iblis dihalau keluar dari syurga.

Lalu Iblis mahu membalas dengan turut menghinakan Nabi Adam. Dan hinanya manusia itu adalah apabila dilucutkan pakaian daripada jasad.

Pakaian, hadiah dari Allah. Hadiah buat penghuni syurga. Fitrah manusia. Terlucutnya pakaian sehingga ternampaklah aurat, itu fitrahnya memalukan.

Kerana itu Nabi Adam & Hawa terus menutupinya dengan daun-daun syurga (7:22). Kerana berpakaian itu fitrah. Menutup aurat itu fitrah.

Dan kenapa ada manusia yang tidak merasa malu dengan tidak berpakaian. Bahkan bangga dengannya? Fitrah yang tercalar dan tercemari menzahirkan tindakan yang selari dengan kehendak syaitan.

Ya, syaitan memang mahu Bani Adam ini terlucut pakaiannya.

Wahai anak cucu Adam! janganlah sekali-kali kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu bapamu daripada syurga, dengan menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya dapat melihat kamu daripada suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Al-‘Araf, 7 : 27

Angkara engkau ya syaitan? Bahana pornografi yang mewabah saat ini. Rupa-rupanya angkaramu!

Pornografi.

Bukan cerita zaman sekarang. Bukan sekadar isu zaman teknologi yang segalanya di hujung jari.

Tetapi, realitinya, itulah agenda syaitan dari awal. Bermula dari Nabi Adam sehinggalah kepada kita.

“So, apa solusi?”

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply