Apa Ertinya Ramadhan Kali Ini Buat Aku – Luthfi Yusri

0
23
views

Macam biasa , setibanya bulan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan membuatkan kita merasai teruja akan kehadirannya. Pelbagai impian dan harapan dipasang siap-siap demi untuk memenuhi keinginan tersebut. Impian dan harapan itu boleh jadi bersifat duniawi dan ukhrawi.

Namun begitu , adakah kita benar benar cukup bersedia utk menghadapinya?

Sejauh mana kita mengimani syariat berpuasa yang saban tahun kita lalui?

Apa signifikan allah taala menjadikan bulan ramadhan ini hanya sebulan sahaja?

Kenapa tidak setiap bulan ?

Itulah bibit-bibit persoalan yg bermain di fikiran aku tatkala ramadhan menjelma.

Pertama buat aku , aku melihat bahawa bulan ramadhan ini adalah medan dan wasilah terbaik untuk kita sebagai seorang muslim mendidik serta mentarbiyah diri kita untuk lebih mendekati sang pencipta.

Gunakan masa yang ada merenungi segala salah dan silap kita sepanjang setahun ini. Menginsafi segak dosa lalu dengan menjadikan ramadhan ini sebagai titik tolak utk kita lebih beramal kerana sang ilahi bukan faktor duniawi.

Segala janji yang diperkatakan adakah telah kita tunaikan?
Apakah yang kita selalu tuturkan memberi manfaat buat orang sekeliling? 
Sejauh mana kita mendekati rumah allah selama kita hidup ini?
Adakah pada solat jumaat sahaja  Sejauh mana kita memberi sedekah dan menyelami kondisi  orang-orang miskin?

9789737564_a0c67b9f4c_b

Inilah yang sering kita lupa, menyelami keadaan orang orang yang tidak berkemampuan dan miskin. Bagaimana mereka menjalani hidup mereka secara harian yang penuh dengan kedukaan dan kesukaran.

Tambah lagi dengan keadaan ekonomi yang menekan, kezaliman pemimpin yang angkuh dan perspektif masyarakat yang negatif.

Maka sejauh mana kita berinteraks dengan mereka ?

Kedua, dalam surah al baqarah ayat 183 bahawa Allah Taala telah berfirman

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. “

Sewaktu aku taddabur ayat ini , aku berfikir perihal natijahnya. Poin yang ingin disampaikan pada ayat ini bukanlah semata mata perintah kewajipan berpuasa itu kepada semua umat islam tetapi prosa kata تتقون itu memberi impak yang besar kepada kita.

Ketaqwaan adalah pengakhirannya sekiranya kita berpuasa bukannya hanya penat lelah menahan makan dan minum begitu sahaja.

Tuntasnya, bersyukurlah dengan segala nikmat tuhan yang banyak ini.

Kekayaan dan kebahagian ini Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Makanya, raikanlah pesta puasa ini dengan mengejar ketaqwaan dan memaknai erti kata taqwa itu dalam diri. Sematkan dan tanamlah ia agar sebati dalam diri kita.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply