Apa Reaksi Kita Apabila Ditegur Melakukan Dosa? Seperti Nabi Adam Atau Iblis.

0
190
views

RESMI NABI ADAM A.S vs RESMI IBLIS

Tadabbur ayat 12, 22 dan 23 dari surah Al-A’raf.

Tadabbur ketiga-tiga ayat ini memberikan gambaran yang jelas perbezaan karakter di antara yang beriman dan yang kufur.

RESMI NABI ADAM A.S.

Dan Tuhan mereka menyeru:

“Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan aku katakan kepada kamu bahawa syaitan adalah musuh kamu yang nyata” (Al-A’raf: 22)

Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah MENZALIMI diri sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami, nescaya kami adalah dari kalangan orang yang rugi (Al-A’raf: 23)

Apabila Nabi Adam dan pasangannya ditegur kerana telah melanggar perintah Allah, kedua-dua mereka menyesali perbuatan yang dilakukan dan dengan rasa rendah diri memohon agar Allah mengampunkan mereka.

RESMI IBLIS

Apakah yang menghalangmu dari sujud (kepada Adam a.s) ketika aku perintahkan kepada kamu? Aku LEBIH BAIK dari Adam, Engkau jadikanku daripada api sedangkan dia Engkau jadikannya daripada tanah (Al-A’raf: 12)

Berbeza dengan iblis, apabila ditegur kerana telah melanggar arahan Allah, dengan bongkaknya dia berkata: “Aku lebih baik dari Adam”.

REALITI

Realiti hari ini terdapat dua golongan manusia yang bertindak balas dengan TEGURAN melalui cara yang berbeza:

1-Golongan yang menerima teguran dengan rasa rendah diri, merasai kelemahan diri dan berkeinginan tinggi untuk berubah.

Contoh:

(Situasi diserbu oleh pegawai penguatkuasa di sebuah taman bunga pada waktu malam)

A: “Kenapa kamu berdua buat maksiat di tempat gelap ni?”
B: “Maaf tuan…kami mengaku kami salah. Nafsu yang menyebabkan kami buat perkara ni. Kami janji takkan buat lagi (dalam keadaan menangis)”.

2-Golongan yang membalas teguran dengan bongkak dan sindiran

(Situasi diserbu oleh pegawai penguatkuasa di sebuah taman bunga pada waktu malam)

Contoh:

A: “Kenapa kamu berdua buat maksiat di tempat gelap ni?”
B: “Hei..aku tahulah apa yang aku buat. Yang kau nak jaga tepi kain orang ni kenapa…Lagipun aku tak kacau engkau pun..Kubur masing-masing..kubur kau, kubur kau…kubur aku, kubur aku..”

REFLEKSI

Banyak lagi situasi harian yang boleh kita kaitkan dengan ayat-ayat ini. Cuma cuba tanya diri. Apabila ada yang menegur kesilapan yang dilakukan, apakah tindak balas kita?

Adakah kita mengikut resmi Nabi Adam yang semakin ditegur semakin merendah diri atau karakter iblis yang semakin ditegur semakin bongkak dan meninggi diri.

Renung-renungkan.

Sumber Asa : Channel Telegram Berinteraksi Dengan AlQuran

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply