Apakah Benar Ada Kelebihan Bulan Rejab? – Ustazah Maznah Daud

0
59
views

6510303713_eb51da0684_b

Setiap kali menjelang bulan Rajab, akan tersebarlah bermacam-macam hadis mengenai kelebihannya. kebanyakannya dikitar semula walaupun telah dijelaskan mengenai kedudukan hadis-hadis tersebut.

Kelebihan bulan Rajab dipetik daripada buku: Tabyin al-‘Ajab bima Warada fi Fadhli Rajab karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani dari kalangan Mazhab Syafi’ei (wafat 852):

“Tidak ada tentang kelebihan bulan Rajab, tentang puasa padanya, tentang puasa sebahagian daripadanya, juga tentang qiam satu malam tertentu padanya, hadis sahih yang boleh dibuat hujjah.

Telah masyhur di kalangan ahli ilmu yang bersikap toleransi dalam mendatangkan hadis-hadis berkaitan fadhilat-fadhilat sekalipun terdapat kelemahan dari segi periwayatannya selagi ia tidak maudhu’ (palsu/rekaan).

Namun perlu diingat, sekiranya dia hendak mengamalkannya mestilah dengan syarat orang yang beramal itu beri’tiqad (berpegang dengan yakin) bahawa hadis itu adalah dhaif dan janganlah dia memasyhurkannya agar dia tidak mendorong orang lain beramal dengan hadis dhaif.

Jika mereka (orang ramai) beramal dengan sebab dia menyebarkan hadis dhaif itu, maka bererti dia mensyari’atkan apa yang tidak disyari’atkan. Atau setengah-setengah golongan manusia yang jahil melihat dia beramal, maka mereka sangka itu adalah sunnah yang sahih.

Sesungguhnya perkara ini telah dinyatakan dengan terang oleh Ustaz Abu Muhammad bin Abd as-Salam dan lain-lain. Hendaklah setiap orang berwaspada supaya dia tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi s.a.w.

“Sesiapa yang menyatakan satu hadis daripadaku, pada hal dia tahu bahawa hadis itu dusta (tidak sahih), maka dia merupakan salah seorang daripada para pendusta.”

Itu sekiranya menyebar hadis yang tidak benar. Maka bagaimana pula jika beramal dengannya?”

2015918123451
Gambar Hiasan

Beliau menyebut antara hadis tidak sahih yang disebarkan ialah:

“Daripada Anas, bahawa Nabi s.a.w. apabila masuk bulan Rajab, baginda berkata: “Ya Tuhanku, berkatilah untuk kami pada Rajab dan Sya’ban. Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Di dalam sanad hadis ini terdapat perawi bernama Zaidah bin Abi ar-Raqqad. Al-Bukhari menyifatkan Zaidah sebagai munkarul-hadis.

Kata Ibn Hibban, orang yang tidak boleh dipegang perkhabarannya.

Kata Ibn Hajar, aku dapati sanad hadis ini zahirnya kelihatan sahih. Maka seolah-olahnya boleh dikatakan maudhu’ (rekaan, bukan sekadar dhaif). Maka aku hendak mengingatkannya supaya tidak ada yang tertipu dengannya.”

Allahu A’lam.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply