Apakah Masalah Yang Lebih Besar Daripada Status Anak Zina ? – Ustazah Maznah Daud

0
359
views

Bolehkah anak zina dinasabkan kepada bapa biologinya?

Khilaf di kalangan ulamak.

Majoriti kata tak boleh.

Sebahagian kata boleh.

Masing-masing ada alasan. Ada hujjah. Ada buruk dan baiknya.
Masalah khilaf memang sukar untuk capai kata sepakat.

Nama pun khilaf.

Namun ada satu yang tidak ada khilafnya, iaitu zina itu haram. Dan penularan jenayah zina dalam masyarakat sudah sampai ke tahap yang amat-amat mencemaskan.

Inilah yang perlu diberi perhatian. Bagaimana membendung jenayah ini. Ingatlah bahawa zina adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan yang paling kejam dan paling bahaya.

Di dalam al-Quran, zina sering dikaitkan atau diletak seiring dengan jenayah membunuh. Sebagai contoh, lihat surah al-Israa’:31,32,33 dan al-Furqan:68.

Ia benar-benar membunuh dan mengancam perkembangan zuriat manusia secara sihat dan selamat.

Ibn Majah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi amaran betapa bahayanya zina apabila ia berlaku secara meluas.

Baginda bersabda maksudnya:

“Apabila timbul zina di kalangan sesuatu kaum sehingga mereka lakukannya secara terang-terangan, akan menularlah taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menimpa orang-orang sebelum mereka yang telah pergi terlebih dahulu.”

Hadis dikategorikan hasan oleh al-Albani.

Tidak syak lagi sekarang “mereka lakukannya secara terang-terangan” sehingga boleh ditonton di mana saja oleh sesiapa saja sehingga kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa.

Lantas tersebarlah berita yang menyedihkan dan memilukan, anak-anak perempuan kita diperkosa di mana-mana oleh siapa saja dari yang bertaraf datuk sehingga ke taraf tadika.

Jadi, sekadar berbahas tentang nasab anak-anak yang tidak berdosa itu tentunya tidak akan dapat menyelesaikan punca permasalahan yang sebenar.

Salah satu daripada program yang berusaha untuk membendung gejala zina, “Anda Bijak Jauhi Zina” anjuran Raudhatus Sakinah

Idea dan usaha yang sungguh-sungguh terutama oleh pihak berwajib mesti dicurahkan ke arah membendung gejala zina itu sendiri sehingga ke akar umbinya. Allahu A’lam

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply