Apakah Ucapan Yang Lebih Sesuai Untuk Menggantikan RIP (Rest In Peace)

0
1052
views
Baru-baru ini heboh di media sosial mengenani kematian vokalis Linkin Park Chester Bennington.

1. Agama Islam tidak menegah umatnya untuk mengucapkan kata takziah mahupun simpati kepada keluarga si mati non-muslim.

Ucapan seperti “إنا لله وإنا إليه راجعون” buat mereka juga tidak mengapa kerana maksudnya benar iaitu: Kita semua milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali.

2. Namun pilihlah ucapan yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak.

Ucapan “Rest in [email protected]” yang bermaksud: “Berehatlah dengan aman” merupakan ucapan yang sinonim dengan amalan penganut Kristian tatkala berlaku kematian dan banyak digunakan oleh gereja-gereja Katolik, Anglican, dan Lutheran dalam upacara pengebumian penganutnya.

Bahkan sejak abad ke-8 lagi, tulisan “R.I.P” telah dilihat tercoret di batu-batu nisan kubur mereka.

Frasa ini juga dijumpai dalam bahasa Hebrew pada batu nisan yang berasal dari abad pertama sebelum masihi di perkuburan Bet Shearim (Israel), dan ucapan doa ini masih digunakan oleh upacara tradisi Yahudi sehingga ke hari ini.

3. Saya perpandangan, frasa ini HARAM diucapkan oleh umat Islam sebagai ucapan simpati di atas kematian sahabat-handai atau sesiapa sahaja dari kalangan non-muslim WALAUPUN TIDAK BERNIAT untuk menyalahi akidah, kerana ucapan/doa ini baik zahir dan maknanya sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.

Ucapan yang bercanggah dengan akidah haram diucapkan baik secara sengaja mahupun tanpa niat.

4. Sebagai umat Islam, kita beriman dengan azab kubur berdasarkan pelbagai nas-nas dari Quran, mahupun hadis-hadis sahih.

Makna iman ini ialah kita yakin hanya mereka yang mematuhi perintah-perintah Allah di atas agama-Nya sahaja yang akan tenang dan selamat di alam barzakh dan akhirat kelak.

Sudah pastinya mereka yang kufur pada Allah dan kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW tidak termasuk dalam golongan yang aman ini.

Sabda baginda SAW:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ، ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

“Demi jiwa Muhammad (yang berada) di dalam tangan-Nya! Tiada seorang pun dari kalangan yahudi, mahupun nasrani yang pernah mendengar akan (seruan)ku, lalu dia mati tanpa beriman kepada apa yang diutuskan bersamaku, melainkan dia akan menjadi penghuni neraka!” [Riwayat Muslim].

Bagaimana seseorang itu mampu berehat dengan tenang di dalam sedahsyat-dahsyat tempat??

Dan sejak bila neraka yang penuh seksaan ngeri menjadi aman buat penghuninya??

 

5. Mendoakan pengampunan buat mereka yang mati dalam keadaan kufur dan musyrik juga tiada manfaatnya, kerana tempoh ujian yang dihadkan buat mereka di dunia telah pun tamat.

Dan Allah sesungguhnya tidak mengampunkan doa mereka yang mensyirikkan-Nya [al-Nisa: 48]

Sedangkan Nabi SAW sendiri ditegah untuk memohon keampunan buat bapa saudara kesayangannya Abu Talib yang mati dalam keadaan tidak beriman.

Firman Allah:

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن يَسۡتَغۡفِرُواْ لِلۡمُشۡرِڪِينَ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ أُوْلِى قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّہُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِيمِ

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka” [al-Tawbah: 113].

6. Ketahuilah, hanya jiwa para mukmin sahaja yang akan tenang baik di dunia, mahupun selepas ketiadaan nyawa.

Hanya dengan mengingati Allah sahaja jiwa dan raga akan menjadi tenang

“أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”…

Justeru Allah mengkhususkan seruan jiwa yang tenang ini hanya terhadap orang-orang yang beriman dan beramal soleh:

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى وادخُلِي جَنّتِي

“WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI JIWA YANG SENTIASA TENANG! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia! Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!”

[al-Fajr: 27-30]

7. Oleh itu apabila berlaku kematian di kalangan rakan non Muslim, lebih sesuai jika kita katakan pada keluarga si mati (sebagai menunjukkan rasa simpati) antaranya:

  • My deepest sympathy to the family for the loss.
  • We extend our most sincere condolences to the family.
  • May our sympathy and heartfelt condolences bring you comfort.

 

Sumber Asal : Laman Facebook Ustaz Kamilin Jamilin

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply