Bagaimana Futur Melembabkan Seorang Pendakwah

0
103
views
Bagaimana Futur Melembabkan Seorang Pendakwah
kredit

Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan tanggungjawab yang berbagai-bagai berkaitan dengan amal dakwah, amal tarbiyah dan amal harakah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat

  • Kurang memelihara diri untuk solat berjamaah di masjid.
  • Lalai untuk selalu berqiamulalil.
  • Tidak suka berpuasa sunat
  • Kurang membaca al-Quran setiap hari minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak membacanya langsung.

2. Aspek Haraki

  • Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau tidak langsung hadir.
  • Tidak hadir wasilah katibah, rehlah dan mukhayyam tanpa alasan.
  • Lemah untuk melaksanakan tanggungjawab yang diminta berkaitan aktiviti jamaah samada yang bersifat umum atau khusus.

3. Aspek suluk

  • Tidak prihatian atau lemah perhatian terhadap temujanji. Termasuk juga segi ketepatan masa.
  • Lemah komitmen di dalam berpegang kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu

  • Kurang membaca dan mengulangkaji serta berterusan membaca.
  • Kurang menulis atau menghadiri wacana intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal

  • Lemah daripada melakukan latihan-latihan kesukanan setiap hari atau memberi perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab Futur

Pertama : Ikhwah tidak faham hakikat marhalah yang dilalui jamaah, mungkin dia menyangka jamaah di marhalah tanfiz sedangkan ia masih di marhalah takwin dan persediaan. Maka ia tidak menuntut dari ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang ikhwah mampu lakukan.

Kedua : Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap aktiviti yang dijalankan samada bersifat umum atau khusus seperti usrah, katibah, mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga : Kemalasan naqib atau mas’ul dalam sudut ibadah, harakah, perilaku, menuntut ilmu dan riadah yang memberi kesan kepada anak buahnya. Juga buat para qiyadah yang akan membina lapisan kepimpinan selepasnya.

Keempat : Mas’ul yang bertanggungjawab di dalam urusan tarbiyah gagal follow up perkara yang berkaitan dengan urusan tarbiyah.

Kelima : Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam : Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal melaksanakannya kerana ia diluar keupayaannya.

Ketujuh : Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan putus asa.

Kelapan : Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan : Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh : Ikhwah lemah aspek ruhi sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas : Sibuk dengan kehidupan dunia, ikhwah menghabiskan masa di dunia kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya, bekerja siang dan malam, tiada masa rehat sehingga dia tidak berdaya untuk solat berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat dan sebagainya.

Kedua belas : Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan Dr.Muhammad Abd Qadir Abu Faris]

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply