Bagaimana Islam Mengajar Kita Membasmi Kemiskinan – Asma’ Tajul Ariffin

0
612
views

Islam sememangnya mengiktikraf wujudnya perbezaan rezeki material kepada umat manusia, wujudnya golongan yang diberi ujian kekayaan dan diberi diberi ujian kemiskinan.

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ ۚفَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ ۚأَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (An-Nahl:71)

poverty

Menyedari hakikat pusingan kehidupan yang mempunyai naik dan turunnya, Islam menyediakan pelbagai solusi bagi mengeluarkan manusia dari kesulitan hidup.

Pelbagai mekanisme seperti zakat dan waqaf telah diperkenalkan oleh Nabi s.a.w. sebagai antara solusi paling efektif untuk masalah makroekonomi.

Mekanisme ini bukan sahaja dapat membantu golongan miskin, tetapi sebaliknya dapat memberi manfaat yang sama pada waktu kecemasan dalam kehidupan orang kaya.

Namun, sebelum menggunakan mekanisme itu, ada dua perkara yang lebih penting perlu diusahakan terlebih dahulu oleh umat manusia sebelum memanfaatkan solusi seperti itu.

1. Bekerja

Bekerja ialah satu kewajipan bagi setiap yang mukallaf, dan ia merupakan wasilah utama untuk membasmi kemiskinan, sebab utama untuk manusia meraih kekayaan dan faktor terpenting untuk mengimarahkan bumi yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada manusia.

ru_01.2

Sepertimana Allah swt berfirman melalui lisan nabi Soleh a.s kepada kaumnya:

قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا

Saleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, (Hud: 61)

Hasil titik peluh bekerja, manusia meraih kekayaan untuk dirinya, dapat memenuhi keperluan dirinya dan keluarga tanpa perlu meminta pertolongan dari individu atau mana-mana istitusi.

Malah melalui pekerjaan, manusia berjaya mengeluarkan dirinya dari kancah kemiskinan, di samping dapat menyumbang kepada kekayaan harta masyarakat secara  umumnya.

2. Kewajipan nafkah oleh kaum kerabat

Melihat kepada kemungkinan wujudnya golongan yang tidak berkemampuan untuk bekerja mencari rezeki kerana sakit, golongan ibu tunggal, anak kecil dan orang tua selain kejadian bencana alam yang menyebabkan manusia kehilangan punca pendapatan, Islam menyediakan solusi termudah iaitu melalui pensyariatan jaminan nafkah oleh kaum keluarga terdekat.

فَاتِ ذَا اْلقُرْبى حَقَّه وَ اْلمِسْكِيْنَ وَ ابْنَ السَّبِيْلِ، ذلِكَ خَيْرٌ لّلَّذِيْنَ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَ اللهِ، وَ اُولئِكَ هُمُ اْلمُفْلِحُوْنَ

Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haqnya, demikian (pula) kepada faqir miskin dan orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang beruntung. [QS Ar-Ruum : 38]

6148a34ac815db93ec918dba2e7d14fb

Dr Muhammad Yusuf Musa di dalam bukunya, “Islam dan Keperluan Manusia Terhadapnya” dalam perbincangan tentang penjagaan Islam terhadap institusi keluarga:

“Ketika saya tinggal di Perancis, terdapat seorang gadis yang berkhidmat sebagai pembantu rumah di rumah kawan saya, gadis yang nampak baik asal usulnya.

Aku bertanya kepada tuan rumah, mengapa dia berkhidmat di sini? Bukankah dia mempunyai kerabat yang boleh mengelakkan dia daripada pekerjaan ini dan menyediakan keperluan untuk kehidupannya?

Jawab tuan rumah: gadis ini dari keluarga yang baik, bapa saudaranya seorang yang kaya tetapi dia tidak mengambil endah tentang anak saudaranya ini.

Aku bertanya: mengapa kamu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas bapa saudaranya supaya dia memberi nafkah kepada anak saudaranya itu?

Tuan rumah tersebut sangat terkejut dengan kata-kata saya, maka tahu lah saya bahawa perkara itu tidak dibolehkan oleh undang-undang di sini.

Setelah itu, saya memahami hukum Islam dari sudut ini. Kata tuan rumah: Kami tidak mempunyai undang-undang seperti itu.

Kalaulah ianya wujud, tidaklah akan didapati mana-mana gadis atau wanita keluar dari rumahnya untuk bekerja di syarikat atau kilang atau pejabat kerajaan.”

FDEF1512DD547D2C153EDDE835320_0

Melihat kepada realiti masyarakat kita, berapa ramai orang Islam yang mengetahui tentang kewajipan memberi nafkah kepada kaum keluarga terdekat yang memerlukan?

Mungkin ada yang mempraktikkan amalan memberi pertolongan ini, tetapi adakah ianya sekadar adat, simpati atau memang kerana ingin melaksanakan tuntutan syariat Allah?

Persoalan yang lebih besar lagi, berapa ramai yang telah melaksanakan kewajipan ini terhadap keluarga terdekatnya?

“Reality has outgrown existing theories”, kata Peter Drucker. Namun, kita meyakini teori hasil dari wahyuNya tidak akan pernah mengecewakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Sekian dua teori mudah yang boleh dikongsi untuk kali ini. Pelajari ilmu, praktikkan dalam diri, kemudian sebarkan kefahamannya kepada masyarakat kita untuk manfaat semua.

_________________________________________________

Rujukan:
1. Iqtisod Ijtimaie, Dr Abdul Jabbar As-Sabhany
2. Islam Wa Hajah al-Insan Ilaih, Dr Muhammad Yusuf Musa

 

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply