Bagaimana Lelaki Ini Masuk Islam Tanpa Berjumpa Dengan Orang Islam Pun

1
25
views
bagaimana saya memeluk agama islam
kredit

Bagaimana seorang lelaki putih Scotland pertengahan umur yang tinggal di Tanah Tinggi Scotland berakhir menjadi seorang muslim – terutamanya apabila dia tidak bertemu dengan seorang Muslim pun dalam hidupnya?

Bagi saya, ianya bermula apabila saya mendengar azan dari masjid tempatan semasa dalam percutian di pantai Turki. Laungan azan tersebut telah membangkitkan sesuatu dalam diri saya, dan seterusnya memberikan inspirasi kepada saya untuk memulakan pengembaraan pencarian ini.

Apabila saya pulang ke rumah di Inverness, saya pergi ke kedai buku tempatan, membeli senaskah al-Quran dan mula membaca. Semasa membaca, saya sentiasa memohon kepada Tuhan untuk membimbing saya dalam perjalanan yang telah saya mulakan ini.

Al-Quran benar-benar mengkagumkan saya. Merupakan satu buku yang menakutkan untuk dibaca kerana ia memberitahu anda banyak tentang diri sendiri. Saya mempelajari beberapa perkara tentang diri saya yang saya tidak suka. Jadi saya memutuskan untuk membuat beberapa perubahan keatas diri saya.

Saya tahu yang saya boleh berhenti membaca Al-Quran dan menghentikan proses pencarian ini pada bila-bila masa, tetapi saya juga sedar bahawa jika saya berhenti atau mengalah sekarang bermakna saya berhenti daripada mendapat sesuatu yang benar-benar penting.

Dan pada masa yang sama saya juga tahu apa hasil akhir proses ini iaitu menjadikan saya seorang Muslim.

Bahagian yang paling sukar dalam semua ini adalah saya tertanya-tanya siapakah diri aku nanti?

Adakah saya akan menjadi seorang yang asing? Memakai pakaian yang berbeza?

Bercakap dengan cara yang berbeza di mata orang lain?

Apa yang keluarga dan rakan-rakan saya fikirkan tentang diri saya nanti?

Dan yang paling penting, apa yang akan saya fikir tentang diri saya? Adakah saya benar-benar mahu perubahan keatas diri saya?

Saya menghabiskan masa melakukan carian online, mencari cerita-cerita orang-orang yang telah melalui pengalaman ini sendiri.

Tetapi tiada satu pun yang menyamai situasi sama seperti saya ini kerana perjalanan setiap orang sudah tentu unik dan berbeza. Bagaimanapun ianya adalah satu petanda yang baik, bahawa orang lain telah merasai pengalaman ini sama seperti saya. Saya beralih kepada cerita-cerita mereka ini apabila saya rasa takut saya akan dilihat sebagai seorang yang ganjil.

Internet merupakan sumber terbesar bagi saya untuk mengetahui bagaimana untuk berdoa dalam bahasa Arab, untuk mendengar Al-Qur’an bagaimana ianya dibaca atau mungkin untuk mendengar beberapa muzik Islam. Bagi saya, muzik adalah cara yang baik untuk mengambil beberapa rangkap ayat yang saya mahu gunakan.

Dalam semua proses ini saya sering bertanyakan pada diri saya apabila saya mendengar dan membaca tentang Islam. Atau dalam erti kata lain saya sering berdialog dengan diri saya sendiri.

Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada sesuatu perkara tersebut, jelaslah perkara tersebut tidak sesuai untuk anda. Anda perlu sentiasa perhatikan gerak hati anda dan hati anda sendiri.

Perjalanan ini telah memakan masa selama 18 bulan. Mungkin mereka diluar sana ada yang lebih cepat dan mungkin juga ada yang lebih lambat daripada saya. Dan saya lakukan semua ini dengan hanya seorang diri tanpa apa-apa bantuan, dan saya tidak berjumpa dengan seorang muslim pun!

Selepas 18 bulan tersebut saya telah menganggap diri saya sebagai seorang muslim.

Saya menunaikan solat 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, dan saya hanya makan dan minum yang halal sepertimana yang Al-Quran telah ajarkan.

Tidak lama selepas itu saya telah menjumpai satu masjid kecil di bandar saya. Saya terus libatkan diri bersama, mengetuk pintu masjid tersebut dan terus memperkenalkan diri.

Pada awalnya mereka agak terkejut dan tak tahu nak buat apa dengan diri saya. Tak lama selepas itu mereka memberikan kombinasi nombor pintu masjid dan mengalu-alukan kehadiran saya dalam komuniti masjid tersebut.

Sudah tentu saya masih ada perkara yang perlu dipelajari.

So I am now a white, middle-aged Scottish Muslim. And happy with it.

Sumber

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply