Bagaimana Untuk Mencari Sahabat Sejati? – Ustazah Maznah Daud

0
170
views

friendship-hh-9b62dd07743b00da0cf9d22dfe23836b

Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3 hijriah di Baghdad):

“ Sesungguhnya sukar sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku fillah? ”

Al-Junaid enggan menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali. Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid menjawab:

“ Sekiranya engkau mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit. Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan mereka kepadamu. ”

Mendengar jawapan itu, lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung:

“ Ketahuilah bahawa manusia terdiri dari tiga golongan:

Pertama – orang yang engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya.

Kedua – orang yang engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau tidak mendapat manfaat daripadanya.

Ketiga – orang yang engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan diri darinya.

Adapun golongan ke dua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau menolongnya selama ini.

Ada orang berkata:

“ Aku berkawan dengan sebahagian manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka, aku menanggung keperluan mereka. ”

Jadi, sesiapa yang begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya.”

– dari kitab “Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs” Sa’eid Hawwa, halaman 498-499

115847-113843

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply