11 Panduan Bagaimana Untuk Menghafal Alquran Oleh Yasir Qadhi

0
329
views

bagaimana menghafal al quran

Dapat menghafal alquran merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah pada mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ganjaran yang besar buat para mereka yang menghafal alquran dan sudah tentu untuk menghafalnya bukan satu perkara yang senang.

Jadi persiapkanlah rohani dan jasadi anda untuk berjuang menghafal alquran. Ini merupakan 11 tips atau langkah yang dikongsikan oleh Yasir Qadhi bagaimana untuk menghafal alquran.

1- Keikhlasan. Perkara yang perlu kita lihat pada awal-awal lagi adalah niat kita. Niat kita hendaklah ikhlas hanya kerana Allah dan ingin mendapatkan redhanya sahaja. Bukannya kita menghafal ini untuk tunjuk pada orang lain yang kita banyak menghafal.

Sudah tentu niat ini bukan sekadar pada permulaan sahaja, bahkan ianya perlu sentiasa diperbaharui setiap masa.

2- Konsisten. Semakin banyak kita menghafal semakin mudah kita menghafal ayat alquran tersebut. Sangat penting untuk kita sentiasa menghafal tanpa skip walau satu hari pun!

Minimum yang kita perlu hafal adalah sebanyak 3 baris sahaja, jika dapat menghafal 5 baris itu lebih baik. Jika anda konsisten insyallah anda akan bergelar alhafiz dalam 5-6 tahun biiznillah.

3- Masa. Perkara pertama yang kita perlu lakukan pada awal hari adalah menghafal. Ya anda perlu menghafal sebelum makan sarapan pagi, ini kerana inilah ‘sarapan pagi’ yang ada perlu ‘makan’ dulu. Dan masa paling terbaik untuk kita mudah menghafal adalah betul-betul selepas solat subuh.

4- Suasana. Cari tempat yang sunyi untuk anda menghafal, sebab sangat susah untuk anda menghafal dalam suasana yang bising ini kerana anda perlu dengar suara anda sewaktu menghafal. Jauhkan juga gangguan seperti smartphone dan seumpama dengannya.

5- Familiar. Maksud familiar disini adalah anda mencari kebiasaan buat diri anda. Cari masa yang anda biasa menghafal, tempat yang anda selalu duduk untuk menghafal, juga alquran yang selalu anda gunakan untuk menghafal. Sangat digalakkan untuk anda mempunyai alquran sendiri untuk menghafal.

6- Ulang,ulang dan ulang. Tiada shortcut dalam menghafal alquran. Apa yang kita perlu lakukan adalah istiqamah dalam mengulang sama ada kita baca atau kita mendengar orang lain baca.

7- Menghafal dengan makna. Baca terjemahan sebelum mula menghafal dan cuba matchkan perkataan arab dengan makna.

8- Kelilingi diri anda dengan bacaan quran. Dengar bacaan alquran. Sebelum kita menghafal satu-satu surah atau ayat cuba kita biasakan dulu untuk dengar dahulu surah atau ayat tersebut.

bagaimana menghafal alquran bersama anak
kredit

9- Cari rakan. Cari kawan atau ahli keluarga yang sudi mendengar bacaan alquran anda. Yang terbaik adalah mereka juga menghafal alquran bersama anda atau yang telah hafiz.

10- Baca apa yang telah anda hafal dalam solat. Bila kita tersangkut bacaan dalam solat kita akan terus cari dimana kita tersangkut dan perkara itu tidak akan lagi berlaku sebab ianya memberi kesan besar kepada kita dalam solat sebelum itu.

11- Jangan skip surah. Konsisten sikit demi sedikit. Jangan kita terus lompat surah yang kita rasa susah untuk menghafal. Kalau anda lompat surah tersebut anda tidak akan rasa puas bila dah habis satu juz sebab masih ada lagi lopong-lopong dalam juz tersebut.

Sekiranya artikel ini bermanfaat buat anda silakan share pada rakan-rakan anda yang sedang menghafal alquran.

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply