Bagi Yang Belum Mampu Untuk Mengerjakan Haji Tahun Ini Ada Hadiah Untuk Anda Dari Imam Ibn Rajab

0
61
views

peraturan-tentang-haji

Bagi yang belum ada rezeki untuk menunaikan haji tahun ini; ini sebuah hadiah ungkapan indah Imam Ibn Rajab Al Hanbaly dalam ‘Lathaiful Ma’arif’.

‏من لم يستطع الوقوف بعرفة
فليقف عند حدود الله الذي عرفه

Siapa belum mampu berdiam-wukuf di ‘Arafah suci; hendaklah dia berhenti pada batas hukum Allah yang telah dia mengerti.

‏ومن لم يستطع المبيت بمزدلفة
فليبت على طاعة الله ليقربه ويزلفه

Dan siapa yang belum mampu mabit (bermalam) di Muzdalifah; bermalamlah dengan ketaatan pada Allah; agar akrab padaNya & dekat bermesra.

‏ومن لم يقدر على ذبح هديه بمنى
فليذبح هواه ليبلغ به الُمنى

Siapa yang belum kuasa menyembelih haiwan (sembelihan) di Mina; hendaklah dia sembelih hawa nafsunya agar dengannya ia sampai pada cita-cita.

‏ومن لم يستطع الوصول للبيت لأنه بعيد
فليقصد رب البيت فإنه أقرب إليه من حبل الوريد

Dan siapa yang belum mampu sampai ke Baitullah bersebab jauhnya, hendaklah dia tuju Rabbnya Ka’bah yang lebih dekat daripada urat lehernya.

Demikian terkutip dari Lathaiful Ma’arif/633 dengan alih-bahasa yang tak tepat makna & tak menggapai sastranya; semoga Allah limpahi kita kemabruran, sejak kini & selamanya.

Ustaz Salim A. Filllah 

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply