Bahaya “Microsleep” Semasa Memandu, Terutama Ketika Di Musim Perayaan

0
235
views

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?

Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat.

Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”.

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter.

Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.

“Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok.”

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.

“Aku dah janji dengan anak – anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat.”

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan).

Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil ‘corner’.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan ‘fight or flight’ hanya seketika sahaja. Sistem badan akan ‘burn out’ dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

1) BERHENTI.
2) LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
3) TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.

Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri.

Cuba lakukan beberapa perkara ini:

1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu – lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply