Bahaya Pornografi Melalui Penggunan Telefon Pintar Tanpa Kawalan – Fadhli Othman

0
48
views

Alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit merupakan suatu keperluan pada zaman sekarang. Hari ini peranti merupakan jambatan perhubungan manusia dengan manusia di alam maya.

Malah bukan itu sahaja, melalui alat peranti ini kita mampu membeli apa sahaja yang kita hajatkan

Kebaikan alat peranti tidak dapat di sangkal lagi, namun begitu keburukannya turut wujud sekiranya  pengguna tidak bijak menggunakan ke arah kebaikan dan peroleh manfaat.

Tambahan lagi, peranti yang dahulu hanya boleh menghubungi dan menghantar mesej sahaja, kini telah mengalami revolusi. Apa sahaja dapatan tidak kira baik atau buruk mudah sahaja di perolehi seperti di hujung jari. Inilah dunia tanpa sempadan.

Baru-baru ini, kementerian pendidikan sekali lagi bercadang membenarkan pelajar menggunakan alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penggunaan alat tersebut bagi tujuan pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

CAMC9677b-e1467710554756

Walaubagaimanapun cadangan ini belum dimuktamadkan lagi kerana satu kajian secara terperinci perlu dijalankan.

Tidak dinafikan alat peranti kini menjadi tarikan baru kepada pelajar. Medium pembelajaran dan pengajaran hari ini memerlukan satu inisiatif baru bagi menjana keberhasilan pelajar dalam menerokai arus perdana.

Kebaikan dan kelebihan akan diperolehi oleh pelajar sekiranya penggunaan alat peranti ini di kawal dan mempunyai garis panduan yang tepat dan tegas dalam menangani masalah-masalah yang akan ditimbulkan.

Hari ini, masalah sosial berkembang pesat di kalangan pelajar. Isu video lucah dan berunsurkan pornografi telah menjadi tarikan pelajar seawal usia 12 tahun lagi.

Medium yang digunakan ialah melalui alat peranti yang kian mudah di dapati di pasaran semasa. Dengan berbekalkan harga yang mampu milik, pelajar hari ini akan mudah terdedah dengan pelbagai ancaman anasir dari dunia tanpa sempadan ini.

20140925-318-girl-looking-downstairs-2

Tinjauan telah dilakukan di sekitar Lembah Klang, membabitkan 50 orang remaja, di dapati 80 peratus daripada mereka menyimpan lebih daripada satu klip video di dalam telefon pintar masing-masing.

Menyimpan video lucah semakin menular dan kini ianya menjadi sebuah hobi di kalangan remaja sekolah.

Penulis sebagai aktivis Mothers Against Pornography dibawah kelolaan Pertubuhan Ikram Malaysia, telah banyak turun lapangan sekolah-sekolah menengah terutamanya.  

Hasil dapatan, pelajar sekolah rendah dan menengah telah banyak terdedah dengan bahan pornografi melalui pelbagai medium.

Pengalaman sebagai penyampai modul Goodbye Pornography mendapati, kebanyakan pelajar sekolah telah terdedah dengan video seks seawal umur 12 tahun.

Sepanjang menjalankan program kempen kesedaran Goodbye Pornography ini, penulis amat terkejut kerana ada di kalangan pelajar telah menghafal nama laman web lucah dan aktres wanita pelakon lucah. Ini sudah keterlaluan. Sehingga pelajar pelajar ini mampu mengenali pelakon utama dalam video seks.

Adakah ini bukan satu kebimbangan ?

Kesan penularan video lucah atau pornografi di sekolah telah lama dan kesannya maka berlakulah jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah.

Terdapat sebuah sekolah di selatan Semenanjung Malaysia, terdapat pelajar telah ketagihan video pornografi sehinggakan sanggup melampiaskan nafsunya di sekolah bersama pasangannya di awal waktu pagi persekolahan.

Ini semua adalah kenyataan. Akibat penggunaan alat peranti smartphone yang tiada batasan, maka berlakulah kesalahan jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah. Isu ini semakin meruncingkan.

Mothers Against Pornography dan Goodbye Pornography sedang giat melaksanakan program kesedaran mengenai isu ini..

Justeru itu, Mothers Against Pornography dan Goodbye Pornography mengharapkan kerajaan memikirkan sehabis baik dalam membenarkan pelajar-pelajar membawa alat peranti seperti telefon dan tablet ini ke sekolah demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan fikiran pelajar-pelajar di Malaysia.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Cikgu Fadhli merupakan seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor. Selain menjalankan tugas sebagai seorang guru, cikgu Fadhli juga merupakan seorang pendakwah bebas serta persona Best Belajar. Pada tahun 2016, cikgu Fadhli telah melebarkan sayapnya ke bidang penulisan dengan terbitnya buku ‘Sisi Terlindung’ yang menghimpunkan hasil idea barisan pena syariah berkaitan pandangan mereka tentang isu-isu agama, ilmiah, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply