Banjir itu Rahmat?

0
135
views

Banjir itu Rahmat

 

Banjir itu Rahmat | Hujan itu rahmat. Hujan yang banyak boleh mengakibatkan banjir. Maka, boleh juga disimpulkan bahawa banjir itu adalah rahmat yang melimpah ruah.

Sabar. Bertenang dahulu. Benar, banjir itu nampak seperti suatu musibah yang besar. Tapi itu adalah dari satu sisi pandang sahaja. Dari satu sisi pandang yang lain, banjir yang sedang dialami oleh bumi Malaysia ini boleh dilihat sebagai sebuah rahmat.

Ini bukanlah sekadar retorik. Jika kita mengikuti perkembangan banjir besar yang melanda rakyat kita, kita dapat lihat bagaimana banjir ini boleh disifatkan sebagai rahmat dariNya.

Bagaimana kita boleh pandang isu banjir ini sebagai rahmat? Sedangkan banyak harta benda yang telah rosak. Banyak juga kerugian yang dianggarkan. Maka, di manakah rahmatnya? Jika kita melihat pada kerangka minda yang kecil, pasti kita hanya nampak banjir ini sebagai musibah. Namun, jika kita buka kerangka minda kita dengan lebih luas, kita akan dapati ada nilai rahmat yang ditunjukNya.

Rahmat berbentuk ujian

Ujian kesusahan itu adalah rahmat kepada mangsa banjir. Ia mengajar kita untuk bersabar dengan situasi yang melanda diri. Ia mengajar kita agar tabah dengan dugaan yang sedang kita hadapi. Ujian kesusahan ini kebiasaannya adalah ‘ujian yang nampak’. Maka, jika orang yang hadapi ‘ujian yang nampak’ ini membaca ayat Quran di bawah, pastinya akan terubat jiwa dan sanubari.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah b

erlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat).

 Al-Baqarah: 214

Lain pula ceritanya dengan orang yang ditimpa ujian kesenangan, di mana ianya adalah ‘ujian yang tersembunyi’ yang kebiasaannya melunturkan iman, kerana kita tak sedar bahawa sebenarnya kita juga sedang ditimpa ujian. Orang yang diuji dengan kesenangan ini selalunya akan hanyut dalam dunianya sendiri. Namun, ujian kesusahan pula membuatkan orang rasa ingin kembali. Kembali kepada Dia yang kekal abadi. Bukankah itu sebuah anugerah dari Ilahi? Kerana mengingatkan manusia bahawa di dunia ini, tiada yang hidupnya hakiki.

Rahmat berbentuk peluang

Banjir ini sebenarnya memberi peluang kepada ramai orang untuk mencurahkan harta dan tenaga mereka untuk membantu orang yang sedang mengalami kesusahan. Bantuan dan sumbangan diberikan dalam bentuk yang bermacam-macam. Ada yang memberi pakaian, ada yang memberi wang, ada juga yang hanya memberi sokongan. Tak apa, ikut kemampuan.

Khidmat Masyarakat
Gambar menunjukkan bantuan sedang diberikan kepada mangsa banjir di Kampung Tiram, Kuantan, Pahang.

Lihat sahajalah. Begitu banyak jiwa-jiwa individu dan kumpulan yang turun untuk bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir itu. Pertolongan diberikan walau apapun latar belakang mereka. Biarlah kaum Melayu, Cina, atau India, sokong kerajaan atau sokong pembangkang, semua itu tidak diambil kira. Apa yang penting ialah kerjasama. Betul, kerjasama. Kerjasama antara masyarakat untuk melihat adakah sengketa itu boleh dilupakan sementara demi menyelesaikan masalah yang sedang melanda. Usah terlupa bahawa kita semua manusia, semuanya sama. Tidak perlu memandang sesiapa pun dengan sebelah mata.

Kesimpulannya, daripada banjir ini, ada sahaja perkara yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Marilah membantu orang yang menghadapi kesusahan. Ambillah berat tentang mereka yang memerlukan pertolongan. Ini adalah rahmat yang berbentuk peluang. Peluang kepada mereka yang menghadapi ujian kesenangan. Maka, marilah merebut peluang keemasan. Hulurkan bantuan selagi masih berkemampuan!

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply